#INB4 SOKONGLAH ZINE ANOTASIANOMALI YANG
BAKAL DI-PUBLISH SECARA DIY TAK LAMA
LAGI, INSYA ALLAH.
Assalamualaikum.
Memang ambe dop
penah dop ucap salam ke mung mung seme. Amacam jadi tak ketimuran aku? Pening
tau tak nak fikir mukadimah entri. Ingat senang macam mukadimah nak ayat
perempuan dengan menggunakan semudah perkataan “Hai?” Sebenarnya aku pun tak
suka introduction aku, rasa melalut je. Nanti lah aku fikir style lain. Sabar,
otak aku satu.
Aku rasa semua pernah
mengusha orang, mengusha bf/gf orang, mengusha laki/bini orang, mengusha
cleaner indon yang irasnya seperti Zaskia Adya Mecca. Kan? Tambahan kaum si
Adam. Mengusha ni dah jadi tanggungjawab, tak usha tak boleh. Melainkan mereka
beriman. Tak kurang juga kaum si Hawa. Ada yang mengusha sebab “Well you know.
Kalau laki boleh buat perempuan boleh buat” punya mentaliti. Apa apa pun,
perempuan yang mengusha lelaki kacak ni sebenarnya aku kategori dalam perempuan
nakal dimana perempuan nakal selalu buat aku rasa geli di bahagian abdomen.
Masa kat mall,
masa tgah geli geli dengan bf/gf korang atau tgah watlek sapkok hembus kat
orang sebelah perasan tak korang dengan pasangan pasangan tak kisah lah halal
ke haram ke yang macam langit dengan bumi. Macam ayam dengan kambing. Macam
merpati dengan anjing. Macam buku dengan ruas. Pernah kan? Apa perasaan korang?
Walaupun bf/gf korang, korang rasa sangat lah kacak dan jelita tapi di mata
orang lain? Macam mana? Mungkin orang awam juga melihat korang seperti Beauty
and the Beast. Tak percaya, aku pernah kena. Tapi tu soal peribadi, biar aku
settle sendiri *ala ala IjatSyafiq ( ROFL BRO)
Skop aku nak
fokuskan hanya pada “Lelaki Biasa untuk
Perempuan Luar Biasa” dan target reader aku pada akal lelaki. Soal
perempuan biasa, aku rasa nanti ada penulis perempuan lain akan buat. Otak aku
ada satu, ingat tu! Bila masa kita nampak pasangan ‘langit dan bumi’ atau
‘Momok dan Nora Danish’ mesti persoalan yang di bawah ni muncul dalam benak
fikiran korang.
1. “ Perempuan tu cantik gila, tapi kenapa laki
dia macam tu? Sofi Jikan lagi mantap”
2. “ Perempuan tu perghh woi, tgok dia, cantik.
Full package woi!” *suami si perempuan lalu* “Lahanat ah, jantan ni pakai
minyak senyonyong kot. Lahanat”
3. “Tuhan memang adil”
4. “Aku rasa aku hensem lagi dari laki tu, dia
patut pilih aku”
5. “ Ni lawak apa ni?”
Sebenarnya ada
banyak lagi persoalan lebih ekstrem yang menjerumuskan kita ke jurang akal yang
lebih gelap (maksud dia pemikiran kotor, ganas dan negatif seperti bunuh,
tembak, langgar lari dsb). Ataupun banyak yang mempersoal fizikal dan
kekurangan lelaki tu. Seperti gemuk, keding, pondan, tak hensem, Jawa, Sulu,
tak ada kereta dan sebagainya.
Lelaki yang kita
bamboo hanyalah lelaki biasa, tak
berupa, mungkin ada lah yang berduit tapi tu tolak tepi. Ni aku nak fokus kat
lelaki yang biasa biasa. Macam aku dengan kau. Macam hang dengan aku, macam
mung dengan ambe. Macam tu. Kitalah lelaki yang biasa. Yang tak ada arah,
pemalas bangun pagi, pau rokok kawan lagi. Ha kita lah. Lelaki Biasa. Macam mana lelaki biasa boleh dapat perempuan
perempuan luar biasa ni?
Bagi aku
perempuan “Luar Biasa” ni tak
semestinya cantik gebu badan padat peluk rasa sendat. No! Sama sekali. Bagi aku
perempuan luar biasa ni adalah :-
- · Perempuan yang pandai berdikari dan membawa diri di public
- · Perempuan yang ada daya saing sihat mcm dalam pelajaran, kerja dan cinta *ehem
- · Perempuan yang tak 100% bergantung harap dekat lelaki, dan mampu usaha sesuatu sendiri. Macam nak shopping baju baru, tak ajak laki. Buat pilihan sendiri.
- · Perempuan yang decisive dan tahu apa yang dia nak. Bila tanya nak makan apa, straight away cakap nak makan Soto, tak buang masa cakap “Anything” tapi bila laki buat keputusan, tak setuju.
- · Perempuan yang sabar. Perempuan yang penyabar. Perempuan yang bersabar
- · Perempuan yang tahu tukar tayar kereta sendiri, yang tahu bukak penutup botol, yang tahu kat mana Giant Sri Muda, yang tahu sapa Tengku Sharif. Senang kata, SERBA SERBI TAHU iaitu BERILMU
- · Point yang diatas, PEREMPUAN BERILMU BERAMAL BERBAKTI BERANI
- · Aku dah tak ada idea.
Apa yang
di-statekan diatas adalah pendapat aku, dan preference
aku. Laki laki lain mungkin ada pendapat dan nafsu diorang sendiri. Apa apa
pun. Perempuan Luar Biasa mmg HUGE TURN
ON. Tapi kan nyah, macam mana lelaki lelaki biasa ni boleh memikat hati
diorang ni? Sedangkan yang kacak tak dapat, yang berduit tergagau, yang tua
terus kecut kerepot dan terus bertaubat? Heran bukan?
Aku pun tak tahu
apa jenis ilmu diorang pakai, tapi berdasarkan kajian dan pemerhatian secara
rambang, Perempuan perempuan ni tertarik dekat PERIBADI/HATI yang MULIA
disebalik ke-momokan lelaki tu. Takkan aku nak render jugak peribadi yang mulia
ni macam mana. Kahkah. Okay lah, senang cerita lelaki lelaki ni jenis yang humble,
down to earth, berusaha untuk capai sesuatu, ada wawasan kalah wawasan
Mahathir, ada ilmu agama, baca buku Hilal Asyraf, soft spoken, ada semangat
tinggi nak belajar, toleransi dewa,
marah dan ego bertempat, sayang kucing, sayang mak, sayang abah, sayang
abang adik kakak, sayang semuanya..... Konklusi dia, Lelaki ni bersikap POSITIF. Ya, POSITIF. Lumrah lah, sapa tak nak orang yang baik disisi mereka
setelah dah lalui jahannam sebelumnya. Kan? Ada kemungkinan jugak sebab lelaki
lelaki biasa ni SAFE. Safe lah sebab tak ada kemungkinan untuk curang, mata keranjang,
main kayu tiga, jadi gay dan sebagainya. PLAYSAFE.
So, kita lelaki
yang perasan hensem ni toksah lah perasan lagi, jadi diri sendiri. Tak payah beli alat tatarias yang mahal mahal
utk kacakkan diri, tak usah beli pakaian branded sedangkan kau makan pun meggi
je macam aku ni. Tak usah lagak dengan kereta mewah, telefon mewah, untuk pikat
yang kita terpikat. Sedangkan semua mewah kau tu sama ada duit mak ayah, hutang
ataupun korang curi. Itu aku tak pasti.
Tak perlu lah nak berdaya saing dengan lelaki lekai lain yang dah
semulajadi mewah dan kacak. Yang semulajadi bersifat seksi dengan perempuan.
Lagi sekali aku tekankan, JADI DIRI
SENDIRI.
Kalau kau nak g
gym, dengan niat cantikkan badan kau untuk kepuasan/kesihatan diri, tu aku
sokong. Sebab dengan bersenam atau apa apa lah aktiviti sukan, kau boleh
tingkatkan keyakinan diri dan hormone
testosterone korang. Sebab tu laki yang kerap main futsal dapat awek senang
(lahanat, aku tak main futsal). Selain itu, jadilah lelaki yang positif, berakal dan berilmu. Semua tu kau
boleh belajar secara formal atau informal. Ha, ayat aku macam karangan dah. Kau
boleh belajar dari buku buku ilmiah terutama dari Hilal Asyraf, kau boleh
belajar dari Brother Love a.k.a Razzi Rahman, kau boleh belajar dengan
housemate kau yang asyik tweet pasal cinta. Apa sahaja. Asalkan ia jerumuskan
kau ke arah yang positif. Paling aku nak tekan kan, ringan diri amik tahu pasal agama. Pasal tanggungjawab lelaki. Kau nak bainati jannati kan? Kau nak jadi
Khalifah kan? Kau nak Till Jannah dengan bini kau kan? Jadi, belajar lah. Walaupun sikit, walaupun sekelumit,
walaupun dengan tgok ‘Kalau Dah Jodoh’. Itu bagus. Aku pun tgok jugak. Kahkah.
Nak jadi positif
ni aku tau bukan senang, aku pun banyak negative.
Tgoklah penulisan aku. Korang faham sendiri. Aku buat entri ni pun sebab aku
sedar yang JADI FAKE atau BUKAN DIRI SENDIRI, takkan buatkan kau
nampak berharga depan perempuan. Kalau kau, smoke. Smoke je lah. Kalau kau suka
korek hidung, korek je lah. Nak berlakon kenapa? Relationship is being natural
together. Itu point aku. Dalam masa sama, kita yang puaka puaka ni usahalah
something untuk tingkatkan ilmu belajar, ilmu common sense, ilmu pasal biologi
perempuan, ilmu Gwiyomi. Apa sahaja,
biasakan diri dengan ilmu. Baca buku. Baca paper. Baca zine dari ANOMALI ZINE iaitu ANOTASIANOMALI yang aku rasa penuh dengan puisi cinta jiwang karat
nanti. Ilmu tu penting. Tak guna kau
hensem tapi tak tau Gandhi tu sapa. Tak guna kau kaya, kalau pointer kau cukup
makan ja. Tak guna awek kau lawa, tapi otak kau kosong last last kene control
jadi hamba sahaya. No, kita lelaki. Kita pemimpin. Kita PKR.
Famous Last Word. Be Positive, Be
Confident, Be Educated, Be Yourself dan Berbaik Sangkalah walaupun dalam
keburukan dan kejahilan kau. Aku faham kita tak sempurna, at least kita cuba. Usaha kita tu huge turn on untuk perempuan. Tak
percaya? Cuba lah, cuba tulis puisi. Bacakan depan dia. Aku bet tak cebikan,
ciuman kat hati kau dapat. Nak kat pipi ke dahi ke kenapa? Gatal sangat dah ke
woi? Hiks, harap korang faham apa aku
sampaikan ni. Aku type ni pun time
tgah stone ubat selsema. Till then, Tuduleux!
Lots
of Love,
:3
#AKU.MASIH.MEMERLUKAN.PENULISPENULIS.AMATUR.UNTUK.ANOMALIZINE
*credit to search engine yang terkenal*