Bismillahirrahmanirrahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kalian
Semoga sentiasa sihat,tabah,kacak dan cantik selalu.^_^
Taknak buang masa untuk intro yang sangat panjang dan memakan masa anda untuk pergi dating tapi nak buat jugak intro pepanjang. Hari ni cuti. *Yayy! Dan hari ni kene pergi Klinik * Sigh. Sebab apa? Sebab kecederaan atau masalah kulit dekat jari ini kian meruncing dan kian membuat kusut. Konklusinya,hasil perjumpaan dengan lembaga doktor, dirumuskan saya menghidap Eczema. Dah,itu cerita lain. Nanti cerita. =D.
Jadi, nak dibuatkan cerita. Sekarang saya tersangatlah ketagih dengan tabiat merokok. Some say ketagih, some say habit. Ketagih tu macam tak mulia sangat kot, Bad habit tu nampak macam tak buat para perokok tegar tacing. (bunyi tepukan gemuruh daripada para perokok tegar). Yayy, saya pun dah hampir jatuh ke kategori perokok tegar. Tak boleh disangkal, memang merokok itu tersangatlah tak baik tapi tolonglah faham,nak berhenti tu makan masa. Macam2 dugaan. Contoh paling simple, korang kene berhenti makan nasik. Boleh buat? Boleh tapi makan masa dan mesti tak biasa sebab dah terbiasa dengan kebiasaan tu.
Samalah jugak dengan merokok. Dah jadi tabiat nak kebiasaan perokok untuk tempel sebatang dua atau berbatang2 rokok ke bibir utk dihisap,dijilat dan dirasa asap dan rasa tembakau di lidah. Ya, ia sangat kusyuk nak takjub begitu. Sumpah, tak tipu. Tambah2 bila lepas makan, dan di sidekick kan rokok tu dengan kopi ais/kopi tarik/teh ais/teh tarik dan minuman berkafein yg seadik beradik dengannya. *semput.
![]() |
Kretek-kretek kegemaran hamba rokok. |
Dah usha rapat gambar atas? Dah? *angguk-angguk. Bagus! Ha, itulah rokok atau kretek kegemaran saya. Paling favourite Sampoerna Mild sebab rasa dia tak kuat macam Surya or Nusantara. Apa-apa pun any kretek will do. Bukan saya tak suka rokok komersial. Bukan tak suka. Suka tapi tak takjub dengan rasa tu. Takda feel. Tak sekufu. Ya, kretek especially Surya punya kandungan Tar memang agak membimbangkan. Sangat tinggi. Ya, tapi itulah yg jadi kesedapannya. Wait tadi ada terdengar macam ada org tanya kretek tu apa. Nak dijadikan cerita 1 minit, kretek tu lain daripada rokok biasa sebab salah satu kandungan utama kretek adalah cengkih. Ya cengkih! Sebab tu bau kretek ada fefeeling sikit. Lepas tu, rokok kretek bila kita isap,kita pam (Bahasa perokok pam tu isap) akan mengelurkan bunyi *kretek kretek tek tek tek tekk. Bunyi tu hasil daripada pembakaran cengkih dan tembakau *blah ayat budak sains,ihihihi.
Sejujurnya, saya nak berhenti. Pernah berhenti seminggu tapi isap balik. *booo lemah booo. Iya iya, insyaallah, saya akan cuba utk kikis ketagihan ni. Boleh punya. Kan? Kan? =D. Birthday saya tak lama lagi dan all I want for my birthday is for me to berhenti merokok. Yup, itu lah hadiah paling terbaik utk diri ini. Hadiah daripada diri sendiri utk kebaikan diri sendiri. Tak perlu hadiah2, wish2 semua. Tak minta. Nak anda2 semua bahagia dan tak terbebankan oleh saya sampai nak wish2 semua. *Brofist sikit! Hehehe. Itu sahaja utk entri kali ni. Nak siap2 nak keluar tgok Hobbits atau Jack Reacher. Still tak leh buat keputusan.
Sekian,
Yang perlu makan ubat hari hari,
Aufa Shahrain Al-Awwal bin Yazid Al-Bariq