YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday, 23 December 2012

Baju & Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semorang.
Apa khabar kalian? Harap baik2 aja di sisi yg tersayang.

Baiklah, sekarang ini kita membincangkan tentang Baju dan Cinta *ayat bajet nak debat. Ihihihi,okay itu kata aluan yg sangat melampau. Abaikan

Nak tanya anda2 semua, suka shopping? Suka? *angguk-angguk. Bagus!! Suka beli baju2 baru cecantik dan lelawa walaupun anda2 semua tahu yang almari atau closet atau tempat penyimpanan baju anda2 semua mmg dah tak muat dah nak sumbat stok baju baru tapi macam mana pun anda2 semua akan bagi ada ruang untuk selit pakaian2 baru tersebut? *semput . Jika jawapan anda Ya, makanya anda2 mesti faham dengan apa yg sy nak kongsikan ni.

Baju baru,seluar baru,pakaian baru. Mesti kita sayang elok2 kan? Taknak bagi kotor walau setitik air hujan, basuh pakaian2 tu ikut terma dan syarat yang dikenakan, especially baju2 yg branded,mahal dan anda2 semua bermatian kumpul duit nak beli. Kan kan kan? Ececece jangan nak tipu lah tak pernah ada rasa macam tu dengan pakaian2 or barang2 baru ni. Wajiblah adalah punyalah walaupunlah sezarahlah perasaanlah tu lah. Ya, semput lagi.

(suara semput sayu dari belakang) *So apa kena mengena baju baru dengan cinta?! Ye ye ye, sabar ye sabar. Semput. Ceritanya bermula begini, hari tu saya kerja, dan pergi kerja that day tak payah pakai uniform sebab no event that day, just have to setting dan kemas itsy bits.That morning, bukak closet dengan otak yang kusut tgah fikir nak pakai baju apa. Plus, dah terlewat plus rambut tak sempat blow dry dan iron plus terlupa gosok gigi plus masih bertuala. So, belek2 baju dalam closet tu dengan monolog dalaman seperti dibawah.

(maafkan kata2 kesat)
Haihh apak ah,baju ape aku nak pakai nih?! Takkan nak pkai tshirt serabai nih?! Takkan nak pakai baju collection NORTHERN ROCK kesayangan ni?! Takkan yg ini,asyik pakai yang ini je, bosan ah! - *Bukan monolog sebenar

Seperti itulah yg difikirkan,tatkala tgah kusut. Tiba tiba terjumpa baju favourite, I mean once favourite. Baju ne lah yg paling sy suka pakai time gemuk dulu,ya gemuk. Ya abaikan. Baju ne tak lah mahal tapi pattern dan cuttingnya yg buat baju ne jadi favourite. Basah peluh,basah ketiak,disembur dengan pelbagai wangian, dicirit burung. Macam2 lah yg telah sy tempuh dengan baju ni. Dulu,cukup sayang dengan baju ni, masa baru2 beli, masa tgah rasa seronok pakai. Boleh dikatakan selalu pkai baju ni dimana2 sahaja. Tapi, sekarang baju itu tidak lagi bergantung di kawasan baju2 cantik atau baju jenjalan. Baju itu dilipat secara tidak kemas dan tersudut di sudut jauh dalam closet. Sedih? Belum lagi. Nak dijadikan cerita, saya pilih utk pakai baju tu pergi kerja. Siap iron lagi. Ya saya masih punyai masa utk iron baju walaupun dh terlambat sesangat!

Maka dengan rushingnya,rambut senget,muka berminyak,jerawat setepek kat hidung sampai lah dekat tempat kerja. Dengan nada LaLaLaLaLa saya dengan megahnya pergi naik office walaupun lewat sebab dipercayai boss tak marah. Hasilnya boss tak marah. Boss suruh balik lewat that day,buat OT utk Pak Singh yg sangat loghat. Okay,itu cerita lain. I wore that shirt, dan rasa berbeza dengan zaman gemuk dulu dan kurus kedinding sekarang. Baju jadi agak besar and I look pretty much silly. Not hipster at all. Heh, okay skip skip skip yg tak penting dan dijadikan cerita,baju tu terkena percikan2 kuah kari ayam yg dituang oleh si waiter kat meja buffet. Maka baju itu cedera. Yang herannya, saya tak kisah langsung baju tu kotor. Berbanding dulu, kotor sikit siap memaki mehamun siapa2 yg kotorkan. Serius!


Pandangan belakang my once favourite shirt *background Pulau Dayang Bunting.


Akibat dari kejadian tu, maka terfikirlah hal Baju dan Cinta. Ada kaitan rupanya. Baju baru yg kita beli,yang kita favouritekan, kita akan jaga elok bagai tatang minyak yang penuh tapi lama kelamaan,perasaan itu tak ada dan kita dah tak pentingkan dah keadaan baju tu setelah ada baju yg baru yg lebih elok. Macam tu lah jugak bila kita skopkan dan kaitkan tentang perasaan kita kat baju tu dengan cinta.

Cinta, bila kita mula2 dapat, rasa indah sangat perasaan tu, pasangan kitalah segalanya, dia lah favourite kita siang dan malam. Makan bersama,ketawa bersama,tengok wayang sesama,tunggu depan toilet sesama,minum chatime sesama, semualah! Melekat,nak yang itu ja. Itu je yg paling cantik/hensem, Itu je la yg boleh buat kita rasa bagai King Mongkut yang menggengam dunia. Tapi...lama kelamaan mesti ada masa kita rasa bosan,rasa nak lebih dari yang kita dah sedia ada. Ye, cinta kita itu yang terbaik tapi lama lama kita dah tak kisah dah. Rasa macam whatever happen pun dia akan okay sebab dia boleh jaga diri. That kind of feeling. Masa awal2 bercinta, kalau putus mesti kita frust menggelupur kan? Sebab kita takut kehilangan rasa,perasaan dan orang yg sangat indah bagi kita. Macam baju baru, kalau hilang,kene curik,bibik buat jadi tempat lap kaki, anjing buat jadi toilet. Apa yg kita rasa? Marah,frust menggelupur dan lain2.*guna imajinasi.

Macam baju, kita nak cinta yang baru. Yang lebih kacak/cantik, yang lebih kaya, yang lebih berpendidikan, yang lebih bermasa depan, yang lebih memahami, dan yang lebih mencintai dari pasangan kita sekarang. Manusia, itulah kita manusia. Takkan puas kalau tak berani untuk kawal nafsu dan perasaan dan tak faham dan tak tahu erti SYUKUR. Statement tadi tembak balik dekat tuan punya. Ye saya lah. Saya pun ada rasa tu. Tak pandai nak bersyukur,tak pandai nak hargai pengorbanan orang macam pengorbanan my favourite shirt tu dulu. In the end, bila terlampau mencari yang sempurna, terlampau kejar, akhirnya jatuh juga bila tak dapat nak gapai. Harap2 anda2 termasuk saya sendiri terus usaha belajar utk hargai apa yg Allah dah bagi utk kita rasa. Takut nanti dah hilang,dah tak dapat nak rasa balik perasaan tu,,menyesal seumur hidup. Yup, itu fakta. Itu lah realiti.

Sekian.
(Entri ini umum dan saya lapar)

No comments:

Post a Comment