#IN B4, kalau korang baca betul betul entri ni, korang ada modal nak
bahan aku kaw kaw.
Oh, Hey.. Assalamualaikum. Tengok kiri dan kanan
sebelum baca entri ni..
Dah?
Great audience oh korang. *applause*
Sebab korang kene tipu, buat apa
lah ikut cakap aku ni nak tgok kiri kanan kan?
Eh marah pulak, eh apa? Boring?
Eh blah..
Hikhik. Okay tak mukadimah ni?
Rasa macam annoying kan? Greatlah, korang mmg orang Malaysia
sejati yang sentiasa rasa menyampah terhadap apa apa yang less dari korang. *tajam*
Ready untuk entri yang berjela?
Sebenarnya, aku nak luah or lebih
tepat, bagi pendapat dan idea aku yang bernas mengenai Putus Cinta. Ya
Break-Up, Break-off yang sangat f*ck off. Setuju? Siapa yang follow twitter aku
perasan lah yang dah 3 hari aku tweet “ Putus
Cinta itu Babi. Haram untuk Cinta”.
Mungkin statement tu nampak macam
kasar dan sangat rated adult, tapi tu
hanya lah metafora dalam hiperbola yang disengajakan. Seperti mana yang kita
tahu, Islam haramkan babi untuk penganutnya. Dari segi sentuhan fizikal seperti
memakan, menyentuh dsb; dan juga dari segi percakapan iaitu tidak boleh
menyebut haiwan kotor ini sebagai medium makian dan cacian. Itu cerita lain.
Nak tau pasal Haramnya Babi dalam Islam, sila rujuk blog-blog ilmiah yang bagus.
Blog aku ni sedikit liberal. So, bersabar lah dengan setengah statement yang
mungkin buat korang crack sebab tak boleh terima hujah yang penuh kata kesat.
Again, dah ready untuk
entri yang berjela?
Simple nak kata, aku baru break-off.
*kahkah* Ya, anda sangat bertuah boleh gelak kat aku dalam maya secara pukal.
Nak buat macam mana, tak ada jodoh. Bukan taknak, bukan tak suka. Dah takda
rasa. Nak paksa apa lagi? Setuju? Aku heran, aku kalau putus cinta, memang aku down, remuk, hancur, luluh. You name all the negative impact yang
kita rasa lazimnya lepas putuih cinta, ha tu lah aku akan rasa.
*rujuk entri entri 2012 utk
mengetahu betapa emo-nya aku dulu*
Sadly, this time. I FEEL
NOTHING. NOTHING. Mungkin hati aku dah tepu, mungkin aku dah bosan nak
frust menonggeng sebab aku rasa sangat bodoh nak kesalkan perkara yang dah
terjadi dan juga atas kesilapan sendiri. Mungkin jugak sebab aku tak berkorban
sebanyaknya macam dalam kisah cinta yang dulu. Lebih careful. Hurmm.. eh ni kenapa ceghita kat hampa personal life aku
nih, babi aih.
Korang pernah bercinta kan?
Jangan nak fasik munafik sangat kat sini, mesti at least once korang rasa apa itu cinta. Crush crush jugak adalah
bentuk cinta tapi lebih lanjut ke arah SYOK
SENDIRI. Bila bercinta, mesti korang
nak hubungan cinta korang tu baik baik aja. Tak ada banyak masalah, tak ada
perkara yang boleh buat kepala korang crack
dan rasa nak ketuk kepala bf/gf korang dengan tin Coke. Kalau bergaduh pun,
gaduh sat sat ja. Gaduh manja, yang dimulakan dengan cebikan dan diakhiri
dengan pelukan dan ayat romantic “I am
Sorry Sayang”. Oi, apa senyum senyum sorang sorang? Wake up! Ini bukan
kisah romantis.
Tapi...
Bila ada waktu yang memaksa
korang berpisah dengan cinta korang, apa
perkataan korang sebut? “BABI” kan? At least korang sebut Babi dulu sebelum
Fuck. Ikut kredibiliti korang. Perasaan “babi” yang korang rasa masa putus
cinta tu sebenarnya intipati entri ni. Kalau aku tak cerita panjang pun mesti
korang dah faham tapi sebab aku tak da kerja, aku nak terangkan jugak.
Putus Cinta bagi aku sebenarnya
Haram masa Bercinta (Selain daripada perkara perkara haram yang kita buat masa
berkapel/bercinta, itu hal hampa, aku just nak remind je). Masa bercinta, the
last thing yang dalam minda korang adalah putus cinta kan? Kita rasa takut,
rasa tak sedia, rasa tak tahu apa akan terjadi dengan hidup kita lepas semua
cinta just gone macam nyamuk yang aku
cuba nak tampar sejak tadi. Ya lah, hari hari dengan si dia. Kalau tak dating,
text. Kalau tak text, Skype. Kalau tak Skype, WhatsApp. Kalau tak WhatsApp,
WeChat. Kalau tak WeCHat, Kongkek. Kihkihkih.
At least for some yang nakal, mereka akan lebih berani mengHaramkan
hubungan diorang tapi tu lain kali cerita. Dah terbiasa dengan si dia, macam
mana kalau si dia dah tak ada selepas putus cinta? Babi kan? Rasa babi sangat.
Semua rutin harian yang kita buat semua seems
awkward and babi-ish. Semua tak
kena. Makan sorang sorang. Terperap dalam bilik sorang sorang. Rasa nak bunuh
nyamuk. All the negative mindset and thing macam tertarik sangat dengan korang
saat “babi” ini. Hidup dah tak terurus, makan minum apa lah lagi. Tengok chicken chop pun macam babi, hilang
terus selera. You feel alone, desperate
in need for the love to comeback. Mula lah state merayu, meminta untuk si dia kembali menjalin hubungan yang
sudah di-babikan pada mulanya putus cinta tapi takdir terlebih dahulu gunting
harapan korang halus halus. Semua “get
together” thing seems so far. Tak boleh tercapai. Rasa hopeless
and let down. The “Babi” State just entered your life pada fasa ni.
Bila dah semua usaha yang
dilakukan untuk bersama semula dengan si dia seems vague, tak boleh teram dah. Mula lah, korang rasa hidup
ni babi sangat. Banyak soalan muncul dalam otak, yang tak terfikir pun ada
macam “Kenapa lelaki pendek selalu dapat perempuan tinggi yang cantik?” Itu
sebenarnya soalan yang aku terfikir sekarang ni but hell to it. Crack kepala fikir. Ha, crack kan kepala korang
bila fikir sebab musabab kenapa cinta korang yang ditatang bagai minyak yang
penuh ni terputus di tengah jalan? Kenapa itu, kenapa ini, kenapa tak itu,
kenapa tak ini. Kenapa, kenapa kenapa!!!!!!! *nada emosi yang tinggi*
Too many “kenapa” sampai kita tak boleh get things straight. We can’t
think straight. We are in the “Babi” state where semua tak kena. *Ini
adalah repitisi okay*. Semua tak kena. Tak kena langsung. Sebab kita hilang
arah. Hilang tujuan. Sebab kita dah set dah arah dan tujuan kita hanya lah
untuk cinta yang kita cherished sangat tu. Bila hilang?
Babi, kan? Apa perkara yang kita buat akan diakhiri dengan perkataan babi.
Macam kita nak makan kat mamak, mamak masak tak sedap; dah lah tgah frust.
Babi!. Kan kan, camtulah monolog dalaman kita kan? Or or bagi lelaki/perempuan
yang smoke, rokok habis. Mesti babi yang korang fikir sebelum fuck. Sebab fuck
tu dah tak boleh dah, kata baru lepas putus cinta? :3. Konklusi dia, orang yang dalam “babi” state
akan menyebut banyak sangat perkataan babi. Sebab itu sajalah yang boleh
dirumuskan dengan keadaan emosi, mental, rohani dan fizikal dia. Serupa babi. Messy nya hidup.
“Haram Putus Cinta Sebab Ia Sangat
Babi”
Pendapat aku, kalau cinta ni
patut biarlah sampai bernikah, ber-anak, ber-cucu sehinggaah nafas yang
terakhir utk kedua dua belah pihak. Cinta tu sepatutnya ever lasting dengan si
dia. Still together for years walau
macam mana fucked up pun hubungan korang sampailah korang meng-halalkan
semuanya. Ya, cinta tu selamanya. Betul tak korang? Kalau boleh taknak langsung
putus. Biar jemu dengan muka jawa si dia, biar si dia kerja bagai robot sampai
takda masa utk korang, janji tak putus. Janji Cinta itu tetap ada walau badai
melanda. *Cewah*
Pesanan aku sebab aku dah tandus
idea dek rokok dah habis dan rasa nak ber-mughalazzah akibat makan banyak,
kalau boleh cuba dan usahakanlah something untuk make your relationship work
walau apa pun masalah yang korang hadapi masa bercinta.
Kalau pasangan korang curang,
main kayu tiga; cuba cari punca dia curang. Mungkin korang ada buat salah,
mungkin korang kurang bagi perhatian saat dia down. Mungkin. Hati orang kita tak tahu. Slow talk lah,
bincang, cari punca. Jangan biar emosi marah dan geram hancurkan hubungan
korang. Tak salah kan untuk bermuhasabah diri dan bermusyawarah dengan pasangan
korang untuk kekalkan manisnya cinta tu.
Kalau family tak restu, work
something out untuk bagi family kedua belah atau sebelah pihak terima
dan restui hubungan korang. Mungkin bf korang muka jawa, mak ayah tak suka.
Mungkin gf korang tak reti masak, mak ayah tak suka. Take some time, selitkan
usaha dan yakinkan mak ayah korang. Macam terangkan dekat mak ayah yang
sebenarnya lelaki jawa ni tak lah serakus seperti yang mereka sangka. Jawa ni
baik baik belaka. Nakal tu belakang cerita. Sapa tahu, usaha punya usaha,
akhirnya mak ayah restu. Belum usaha, belum tahu the end game.
Kalau sebab tengah LDR (Long
Distance Relationship) teknologi kan ada. Usaha lah guna kemudahan tu
untuk keep the sparkle sparkling. Aku
faham, dalam soal LDR ni akan ada soal TRUST.
Ye lah, dah jauh nun di Johor. Mungkin gf korang tertarik dengan lelaki Jawa di
sana. Ya, Jawa sana sado sado dan penyayang. Trust issue ni ada cara nak selesai, korang pun tahu aku rasa iaitu
TRUST lah pasangan korang tu. Trust
lah selagi tak nampak depan mata dan pasangan korang tak kantoi bulat bulat
macam video seks dia tersebar ke, kantoi dia tweet gay gay ke dengan lelaki gay
asal Selangor yang putih flawless dan
penyayang. Trust is an obligation in LDR.
I repeat, OBLIGATION. Sekali sekala, lawatlah pasangan
korang yang nun jauh di Perlis, atau ajak lah dia lawat anda nun jauh di
Sarawak. Itu pun kalau mak ayah restu bagi si perempuan. Selalu mak ayah si
lelaki ni okay ja. Kan? *hidup mak ayah si lelaki*
Tapi, kalau masalah relationship
korang adalah kerana pasangan korang dah tak da rasa cinta dan kasih dan sayang
serta percaya kat korang, itu kategori “Ultra-Hard”
dah. Manakan dipaksa hati manusia yang dah totally
berubah. Still, korang boleh usaha something to change his/her mind tapi
selalunya ia takkan terjadi. Hati orang kita tak pegang dan susah nak pujuk
bila dah kunci rapat. At least,
dengan usaha korang tak lah korang rasa FAIL
sangat sebab korang dah buat sehabis baik untuk kekalkan semua ni. At least
korang boleh bermegah dengan statement “
I’ve tried my best for you but I just can’t win” sebelum korang enter the
“Babi” State of Mind. Be brave with it and just walk away, step
out from that kepompong and set
yourself free lepas dah melalui fasa “Babi” yang sejak tadi aku
cakaplah kan. Cinta ni ada dimana mana. Bila bila masa boleh hinggap, macam
kupu kupu yang korang crack pikir dari mana datang hinggap dalam bilik korang.
Ya, cinta tu macam miracle. Keajaiban dia bukan kita tentukan tapi siapa? Aku rasa
korang tahu siapa.
Ya, itu pesanan aku, pendapat
liberal aku. Apa apa pun congrats
kalau korang baca semua ni secara total. Bukan skip skip sebab rasa boring dan
aku tulis ni panjang sangat. Terima kasih sebab sudi baca sebab aku perlukan
sangat higher view untuk aku buat
keputusan nak join Nuffnang ke tak. Sory kalau banyak sangat babi. Aku tau
korang tak suka. Korang rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Aku bangga dengan
korang. Till then, followlah twitter aku @aufashahrain. Sebab aku sangatlah
malas nak hapdet belog ni. Kecuali aku betul betul crack taktau benda apa nak
buat. Thanks yawwss
:3
*credit to Google sebab sediakan gambar gambar yang sangat sesuai"
*credit to Google sebab sediakan gambar gambar yang sangat sesuai"
#IN B4, kalau korang dah baca betul betul entri ni, korang dah ada
modal nak bahan aku kaw kaw. Ok, bai!
No comments:
Post a Comment