Petang Ahad yang indah untuk
sebahagian manusia, terutama yang muda. Hari yang mungkin diambil masanya untuk
dipenuhi semua ruang masa yang kosong akibat kerja yang bertimbun, assignment
yang menggunung dan sikap semberono untuk mengambil peduli erti masa itu emas
Bagi si dia dan si jejaka, walaupun
Ahad itu membahang, melelehkan keringat walaupun hanya dicelur kulit walau
sesaat pada sinaran matahari Ahad, tetap mereka teguh dengan keputusan yang
dibuat dua hari yang lalu untuk dating di
tasik cinta, tasik tempat yang muda, yang tua, yang belum bernikah, yang sudah
bernikah, yang beranak pinak, meluangkan masa Ahad untuk jalinkan cinta dan
rasa.
Duduk di bangku yang berhadapan dengan
tasik, di temani pancaran cahaya sang matahari dan gurau senda, gelak tawa
anak2, si dia dan si jejaka tersenyum dengan kehadiran masing masing. Namun
kehadiran orang ketiga di celah mereka sering menimbulkan tanda tanya dan
keraguan dalam hati, dalam minda si dia. Orang ketiga yang hadir saat pertama
kali mereka dating hinggalah saat
ini, si gadis kurang selesa. Kurang enak kerana sepanjang mereka berpacaran,
tak pernah lekang orang ketiga ini dalam kehidupan mereka. “ Milo “ dialah dalangnya.
Sambil si dia dan si jejaka bersama sama
membahan seorang lelaki yang sedang berjoging memakai leggings ketat berwarna merah, si dia sempat menjeling di celahan
antara mereka. Dalaman si dia mula bersuara “ Ada lagi tin milo ni, takda air
lain ke dia ni nak minum? Asyik asyik milo” Berzilion tanda tanya dalam fikiran
si dia. Kenapa begitu obsess si jejaka dengan Milo sampaikan apabila sedang
bermanja melalui jaringan Skype pada waktu malam dan soalan “ Awak tengah buat
apa sayang?” di jawab dengan jawapan paling klise dengan gaya manja seorang lelaki yang berasal dari Kedah
“ Minum milo awak “ . “Arghhh milo lagi, tak habis habis!”
Si dia merasakan sudah cukup
sudah, sudah muak dengan si celaka bernama Milo. Bukan dia anti minuman
ber-malt yang penuh dengan khasiat dan Pribio-1, bukan itu. Cuma si dia ingin
tahu, kenapa mesti Milo? Sudah 2 tahun berpacaran tak pernah milo diganti dengan
minuman berkhasiat yang lain. Kenapa mesti milo? Kenapa? Kenapa? Doomsday sekalipun, milo tetap si jejaka
akan cari. Celaka. Bibir si dia mula gatal untuk bertanya soalan bodoh kepada
si jejaka. Si dia juga merasakan dirinya bodoh untuk menyemakkan kepala dengan
hal kecil dalam perhubungan mereka ini. Namun, si dia tetap meng-kamikazekan
diri. “Here goes nothing “ Perkataan
yg tercipta dalam keberanian si dia.
“Awak, saya nak tanya soalan yang
bodoh boleh? Yang saya rasa soalan ni lawak hambar bagi awak tapi please take this and take me seriously.
Boleh?”. Si dia mengutarakan ayat penegasan yang sejajar dengan perasaannya.
“ What the? Ye lah awak, tanya
lah”. Simple jawapan si jejaka.
“Hurm, awak kenapa eh awak suka
minum milo? Like everytime kita dating
sejak mula couple dulu pun awak akan
minum milo. Pergi mamak milo, dating saja saja mesti ada milo. Skype pun ada
milo. Kita drive balik Johor pun awak mesti beli milo bertin. Apa special sangat milo tu? Milo milo milo. Muak. Muak
tahu tak muak?! “ Si dia mula
mengeluarkan isi hati dengan nada separa marah, separa tegas dan sedikit rasa
nak menangis.
“ Sedap, enak, bergizi, beri
tenaga. Lagipun tin dia warna hijau. I
love the color green”. Simple jawapan si jejaka.
“ Tu ja sebabnya? Tapi kenapa mesti
selalu je dengan milo ni? Awak tak tahu ke betapa wujudnya minuman minuman lain
yang bergizi bahkan lebih bergizi? Tahu tak? Okay jangan jawab. Meh saya enlighten
awak dan please jangan cantas masa
saya tengah cakap. Diam. Okay, minuman lain tu ada Horlicks Ho Ho Ho, ada Oligo
pro go, ada Tongkat Ali, ada Kopi Kapal Api, Kopi Jantan.” Tidak sempat si dia
menghabiskan leterannya, si jejaka mencelah.
“ Kopi ada khasiat ke?” Simple soalan si jejaka.
“ Eh awak ni, kan saya kata
jangan cantas, meluat ah. Meluat!” Penuh dengan nada merajuk mengada seorang
perempuan.
Si jejaka tersenyum senget dengan
teletah si dia. Macam macam. Nak dicekik pun rasa itu ada. Namun dia sudah
biasa, sudah lali dengan sikap si dia si pengarang jantung hati yang dia kenali
2 tahun lalu.
“ Manja, janganlah merajuk,
memuncung. Milo je, bukan perempuan lain”. Pujuk simple dari si jejaka.
“Dahlah. Sama je perempuan ke
milo ke bangkai ke. Kalau obsess sangat sama saja dengan erti pentingkan benda
tu dari diri saya ni. Saya tanya elok elok, awak jawab main main. Sudahlah!”
Termangu si jejaka dengan apa
yang didengarnya. Menghela nafas. Menahan sabar. Mengawal hati. “Mungkin dia
tengah beremosi”. Monolog dalam kepala si jejaka yang kian serabut. Hanya
kerana Milo si buah hati marah dan emosi. Tidak faham. Ya, si jejaka tidak
faham.
Sepi. Sepi dalam situasi begini
kadang kala seperti lagu. Si dia membisu, melihat ke tempat yang lain sambil
memuncung. Si jejaka terdiam, melihat ke tempat lain sambil membelek I-phone. Awkward silence walaupun
latarnya hiruk pikuk dengan bunyian beribu manusia.
SI jejaka memandang si dia.
Menyentuh lembut tangan si dia, menggengam berhati hati di celah celah jemari
si dia. Takut si dia masih beremosi.
“ Ingat tak 2 tahun dulu? Sebelum
semua yang kita ada sekarang jadi? Sebelum saya panggil awak sayang dan sebelum
awak buat keputusan untuk diami hati saya?” Bicara lembut dengan nada rendah
lelaki yang berasal dari Kedah.
“ 2 tahun dulu??????”.
Kehairanan.
************************************
2 tahun dahulu, di tempat yang
sama, menjadi saksi jawapan simple
yang diberikan oleh si jejaka sekarang ini. 2 tahun dahulu punca si jejaka
begitu minat. Bukan. Terlalu taksub dan obsess terhadap Milo.
Sedang si jejaka menghisap rokok
dalam dalam dan penuh dengan kesedapan. Menghela, menghela, menghela sehingga
habis kepulan asap dalam rongga tubuhnya. Datang susuk tubuh dari jauh.
Berjalan dengan perlahan, dari jauh dapat dinilai kelesuan di setiap langkah
kaki susuk tubuh itu. Si jejaka mengusha
dengan penuh perhatian. Entah kenapa begitu bernafsu si jejaka untuk terus mengusha susuk tubuh yang kian dekat, yang
kian menampakkan wajahnya.
” Cantik sial”. Perkataan yang lahir didalam
kepala si jejaka.
Makin hampir, makin hampir. Makin
kelihatan wajah perempuan yang comel. Dihiasi tudung bawal berwarna kuning
lembut, di tambah dengan baju yang tidak diketahui fesyennya yang berwarna
oren.
Menghairankan. Perempuan itu
seakan akan berjalan kearah si jejaka. Si jejaka mula perasan, mula cuak dengan keadaan itu.
“Lima puluh-lima puluh dia nak
mai kat aku nih. Kalau mai tu dia rezeki kita leh kenai”. Loghat Kedah bermain
dalam hati si jejaka.
“ Konfem
dia mai kat aku nih, muka segak
macam aku sapa takmau kenai”. Sungguh deep.
Akan tetapi apa yang si jejaka
perasankan itu menjadi kenyataan. Perempuan itu berdiri di hadapan si jejaka
dengan renungan yang sangat dasyat. Si jejaka terbayangkan wajah cikgu cikgu
yang pernah merotannya di bangku sekolah dahulu. Semua memori dahsyat datang
satu per satu. Berpeluh. Si jejaka berpeluh melihat riak wajah perempuan itu.
Dengan mengerahkan keberanian dalam situasi janggal, si jejaka mengerutkan dahi
dan ucapan “Hai?” di keluarkan dengan suara stutter.
“Apa Hai?!”. Gusar si dia dengan
nada high pitch.
Lalu si dia menyelongkar tas
tangannya. Di cari cari seperti ingin mengeluarkan sesuatu. Si jejaka sudah cuak dengan keadaan yang dia hadapi
sekarang. Ingin berlari, kakinya membatu. Ingin berkata, mulutnya sudah
ternga-nga. Seolah si jejaka terpukau dengan apa yang dia sedang lalui
sekarang.
“ Janganlah pepper spray, janganlah!”. Si jejaka mengomel dalam diam. Menutup
mata. Takut.
Kechak!
Srussss......................................................................
Bunyi yang didengari oleh si
jejaka. Lalu si jejaka membuka mata. Terkejut. Si dia sedang menuang setin milo
tepat pada sebatang rokok yang diselitkan di celah jari telunjuk dan jari hantu
si jejaka.
“ Woih, apa ni?!”. Si jejaka
seakan tidak percaya. Kurang ajar.
“ Apa woih? Cuba tengok kat bawah
ni. Ada apa?” Ujar si dia dengan tegas.
SI jejaka tenung ke bawah.
“Ada puntung rokok ah. Awak ni
kenapa?!” Si jejaka cuba mempertahankan diri.
“Kira, ada berapa?!” Sambil
menunjuk kearah puntung puntung rokok.
Si jejaka tenung ke bawah lagi.
Mengira bagai lembu dicucuk hidung. Ikut sahaja kata kata si dia.
“ Tujuh, ada TUJUH. Apa kena
mengena dengan saya?”.
“Ada tujuh. Tahu pun kira. Awak
tahu tak merokok tu membahayakan kesihatan? Membahayakan orang sekeliling. Lagi
parah, puntung puntung rokok awak tu kotorkan alam sekitar dan kecantikan tasik
ni. Awak tak tahu ke burung burung banyak kat tasik ni? Awak tak tahu ke burung
burung akan makan puntung rokok awak tu lepas tu burung burung tu akan mati?
Awak pembunuh! Pembunuh!” Si dia seakan akan naik gila dengan perbuatan si
jejaka yang tidak concern dengan alam
sekitar.
“ Jadi? Biarlah. Ini hak saya.”
Jawapan bodoh si jejaka
Si dia duduk di sebelah si jejaka
secara tiba tiba. “ Hak? Hak? Awak cakap pasal hak awak sedangkan ada hak lagi
besar yang perlu awak ambil kira. Selfish!
Awak tak ada hak nak sembang pasal hak kalau awak pentingkan diri sendiri”.
“Jadi awak nak saya buat apa? Eh
lagipun saya tak kenal awak. Awak tak ada hak suruh saya macam macam!” Si
jejaka cuba melawan dan menegakkan haknya. Benar.
“Hak? Hak? Tak habis habis dengan
hak.” Sambil menyilang tangan si dia mengeluarkan ayat yang menjadi titik
permulaan perhubungan mereka.
“Nama saya Airin. Panggil saya
Rina. Nama awak wahai jejaka pembunuh?”.
Makin lembut nada suara Rina.
“ Nama saya Yaakub. Panggil saya
Jekeb”. Masih lagi Jekeb bersikap defensif
terhadap Rina.
Sambil tersenyum. Mungkin
senyuman paksa untuk redakan tegangan keadaan, Rina mula berbicara sambil
memandang tepat kedalam mata Jekeb. Berani.
“ Berhenti merokok. Berhenti jadi
pengotor. Berhenti jadi pembunuh separa sedar. Boleh Jekeb? Berkorban demi masa
depan Malaysia dan dunia? Saya yakin awak tak ada masalah dengan pengorbanan
sebab awak sanggup habiskan duit dekat rokok awak tu. Bukan?”. Typical
“ Kalau saya berhenti apa saya dapat?
Apa?” Jekeb masih mempersoalkan hal yang sebenarnya akan mengubah kehidupannya
360 darjah dua tahun ke hadapan.
“ Awak dapat kesihatan yang baik.
Awak dapat hirup udara yang segar. Awak dapat melihat burung burung yang sihat.
Awak dapat melihat rumput rumput yang sihat. Semua sihat. Selain tu, mungkin
hidup awak akan berubah; berubah ke jalan yang lebih luas yang saya rasa dapat
membuka peluang untuk awak kecapi perkara yang lebih indah dari nikmat 5 minit
rokok awak tu”. Pujuk Rina dengan harapan Jekeb akan setuju dengan apa yang dia
perkatakan padahal Rina hanya make up
words.
Jekeb terdiam 5 minit. Entah apa
yang dia fikirkan.
“ Jekeb? Awak bisu dah?” Rina
cuba ber-humour.
“ Eh tak. Saya. Saya cuba lah
berhenti. Saya cuba jadi perajurit.”
“ Perajurit?! Merepek! Kah kah!”
Rina geli hati dengan apa yang Jekeb sebutkan.
“ Ya. Perajurit. Berjuang untuk
berhenti tabiat ketagihan kronik yang tak sihat ni. Saya sebenarnya memang ada
niat nak berhenti merokok tapi tak pernah
orang bagi semangat. Kawan kawan lagi galakkan. Parents pulak tak kisah sebab saya anak laki laki. Saya punya hal
kalau nak merokok tapi diorang ada
suruh kurangkan tapi biasalah, masuk telinga kiri keluar telinga kanan syaitan
berhasutan”. Ulasan perihal hidup Jekeb.
“ Baguslah kalau awak ada niat, mungkin awak
bertuah hari ni. Bertuah sebab Tuhan hadirkan rahmat untuk awak melalui saya
untuk jump start niat awak tu dan
jadikan ia realiti. Eh meh sini kotak rokok awak tu”.
Lalu Rina membaling tepat masuk
kedalam tong sampah berdekatan dan tegelak kecil melihat kejayaannya membaling
tepat persis pemain bola keranjang lagenda Kobe Bryant.
“ Hehe. Nasib baik masuk kalau
tak mesti awak nak kata saya pun kotorkan alam sekitar kan kan kan kan? Tak okay, saya cekap. Juara Bola Jaring”.
Jekeb hanya mampu tersenyum
walaupun sebenarnya dia meronta ronta nak menjerit, memaki dan menunjuk isyarat
lucah kepada Rina kerana kotak rokok itu baru dibelinya sejam yang lalu dan
kalau tidak dibuang pun boleh disedekah kepada bro-bro rumahnya tapi nasi sudah jadi bubur. Biarkan saja apa yang
terjadi. Mungkin ini titik permulaan yang pastinya memberi erti yang baru. Erti
untuk tidak lagi hidup tanpa arah.
“ Kenapa awak senyum? Mesti fikir
yang jahat jahat pasal saya. Awak evil.
Mesti awak fikir saya ni stranger yang
meroyan. Kan?”. Rina cuba membuat Jekeb bercakap. Rina rasa bersalah kerana
seperti tiada adab tidak meminta izin untuk membuang rokok Jekeb.
Jekeb seakan terjaga dari
lamunan. Sebenarnya dia terpukau dengan Rina. “Berani sungguh perempuan gila
ini. Bukan sahaja cantik tapi gila gila. Aku pun boleh jadi gila kalau aku
jatuh cinta dengan dia”. Jekeb bermonolog.
“Eh tak. Tak adalah saya senyum
sebab awak comel. Eh?!”. Jekeb rasa bodoh mengeluarkan statement kurang bijak.
Peratusan untuk mengait hati Rina dirasakan semakin menurun.
“ Comel? Apa? Hihi. Awak blushing siot”. Rina suka dengan sifat
bangang Jekeb yang dirasakan comel. Peratusan untuk Jekeb menawan hati Rina
sebenarnya banyak. Jekeb saja jahil.
“Errr..blushing ke?” Malu.
“ Merah sangat pipi awak tu.
Awak. Nah”. Rina menghulur tin milo yang separuh kandungannya kepada Jekeb.
“ Semoga awak berjaya jadi
perajurit untuk kebaikan diri awak sendiri. Saya percayakan awak”. Rina
menyuntik kata hikmat ke dalam hati Jekeb yang mengalir bagai darah mengalir ke
jantung.
Jekeb mengambil tin milo itu.
Merenung kearahnya. Lalu ditatap mata Rina. Mata sorang stranger yang paling cantik dan berbaloi dia pernah tatap. Senyum.
Berbalas senyuman.
*********************************
“ Ingat dah sekarang sayang?”
Jekeb memandang wajah Rina dengan penuh kelembutan. Semua flash back dan revision yang dilakukan Jekeb diharap
dapat melegakan rajuk Rina secara drastik.
Rina tetap membisu, merenung ke
dalam mata Jekeb dan mengangguk lemah seakan rasa bersalah. Rina ingat semula
memori yang diceritakan oleh Jekeb dan sesungguhnya perasan RIna sekarang
berbaur sayang.
“ Tak sangka awak masih ingat
kejadian tu. It was 2 years ago, never
thought it was still fresh in your mind like we just live it yesterday. I tak berapa nak ingat first encounter kita tu. Sorry.
My bad”.
“It’s okay dear. I jadi obsess dengan milo ni ada sebabnya. Milo
yang awak tuangkan dekat rokok saya dulu tu bagi saya tanda untuk saya padamkan
semua gelisah dalam hati dan buat keputusan untuk something yang lebih bermakna. Milo yang awak hulurkan untuk saya
minum tandanya awak menggantikan semua kegelisahan,kejahatan,kedurjanaan dan
ketidakyakinan diri saya kepada sesuatu yang lebih healthy. Erti kata lain, saya lebih sihat. Lebih bahagia”.
“Look at me now. What you have done to me from the beginning until now
is amazing. Saya dapat graduate dengan
baik, dapat pekerjaan yang baik, kesihatan pun baik. Yang paling penting, saya
ada awak di sisi saya dan bila di-konklusikan semua tu dalam satu bulatan;
letak satu perkataan caps lock
berbunyi KEHIDUPAN. Bahagia, saya sangat bahagia”.
Rina tersenyum manis mendengar
ayat ayat yang keluar dari mulut Jekeb. Seakan dia tidak percaya yang
sebenarnya besar pengaruh dirinya dalam kehidupan Jekeb. Betapa mendalam
sebenarnya erti Milo bagi mereka. Dia lupa akan semua itu. Dia terlupa akan
milo yang membawa mereka terbang dalam angkasa cinta.
“ Lagipun Milo yang saya minum
rasa lebih manis bila awak disisi saya, hehehehehehe”. Jekeb berseloroh dengan pick-up line paling cheesy dalam dunia penggodaan.
“ Menyampah dengar ayat tu. Tak romantic langsung. Haha. Awak, jom!”.
“ Nak ke mana ni?”.
“Rompak KK-Mart. Rompak milo
banyak banyak”. Rina bercakap sambil senyum kambing tak sudah. Bahagia sungguh
dirasakan dengan lelaki bernama Yaakob ini.
Lalu mereka berdua pergi,
berpimpinan tangan dan lenyap dari pandangan dunia yang asing daripada dunia
mereka.
Milo. Bukan sekadar minuman
ber-malt tetapi berpotensi untuk mengubah hidup kita semua. Macam tembikai yang
aku tengah jamah sambil aku type ni, bagi idea idea yang bernas sampai aku
boleh habiskan cerita bernilai murni ni. Cuba kita tengok sekeliling, mungkin
ada sesuatu yang mengubah hidup kita. Mungkin sesuatu itu dari seseorang dan ia
telah pun mengubah hidup kita dalam keadaan separa sedar. Alert. Kebahagiaan ada dimana mana saja. Sekian. Aku memang
pencinta wanita.
No comments:
Post a Comment