YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday, 15 April 2013

"Lelaki Biasa untuk Perempuan Luarbiasa"



#INB4 SOKONGLAH ZINE ANOTASIANOMALI YANG BAKAL DI-PUBLISH  SECARA DIY TAK LAMA LAGI, INSYA ALLAH.

Assalamualaikum.

Memang ambe dop penah dop ucap salam ke mung mung seme. Amacam jadi tak ketimuran aku? Pening tau tak nak fikir mukadimah entri. Ingat senang macam mukadimah nak ayat perempuan dengan menggunakan semudah perkataan “Hai?” Sebenarnya aku pun tak suka introduction aku, rasa melalut je. Nanti lah aku fikir style lain. Sabar, otak aku satu.

Aku rasa semua pernah mengusha orang, mengusha bf/gf orang, mengusha laki/bini orang, mengusha cleaner indon yang irasnya seperti Zaskia Adya Mecca. Kan? Tambahan kaum si Adam. Mengusha ni dah jadi tanggungjawab, tak usha tak boleh. Melainkan mereka beriman. Tak kurang juga kaum si Hawa. Ada yang mengusha sebab “Well you know. Kalau laki boleh buat perempuan boleh buat” punya mentaliti. Apa apa pun, perempuan yang mengusha lelaki kacak ni sebenarnya aku kategori dalam perempuan nakal dimana perempuan nakal selalu buat aku rasa geli di bahagian abdomen. 

Masa kat mall, masa tgah geli geli dengan bf/gf korang atau tgah watlek sapkok hembus kat orang sebelah perasan tak korang dengan pasangan pasangan tak kisah lah halal ke haram ke yang macam langit dengan bumi. Macam ayam dengan kambing. Macam merpati dengan anjing. Macam buku dengan ruas. Pernah kan? Apa perasaan korang? Walaupun bf/gf korang, korang rasa sangat lah kacak dan jelita tapi di mata orang lain? Macam mana? Mungkin orang awam juga melihat korang seperti Beauty and the Beast. Tak percaya, aku pernah kena. Tapi tu soal peribadi, biar aku settle sendiri *ala ala IjatSyafiq ( ROFL BRO)


Skop aku nak fokuskan hanya pada “Lelaki Biasa untuk Perempuan Luar Biasa” dan target reader aku pada akal lelaki. Soal perempuan biasa, aku rasa nanti ada penulis perempuan lain akan buat. Otak aku ada satu, ingat tu! Bila masa kita nampak pasangan ‘langit dan bumi’ atau ‘Momok dan Nora Danish’ mesti persoalan yang di bawah ni muncul dalam benak fikiran korang.

1.       “ Perempuan tu cantik gila, tapi kenapa laki dia macam tu? Sofi Jikan lagi mantap”
2.       “ Perempuan tu perghh woi, tgok dia, cantik. Full package woi!” *suami si perempuan lalu* “Lahanat ah, jantan ni pakai minyak senyonyong kot. Lahanat”
3.       “Tuhan memang adil”
4.       “Aku rasa aku hensem lagi dari laki tu, dia patut pilih aku”
5.       “ Ni lawak apa ni?”

Sebenarnya ada banyak lagi persoalan lebih ekstrem yang menjerumuskan kita ke jurang akal yang lebih gelap (maksud dia pemikiran kotor, ganas dan negatif seperti bunuh, tembak, langgar lari dsb). Ataupun banyak yang mempersoal fizikal dan kekurangan lelaki tu. Seperti gemuk, keding, pondan, tak hensem, Jawa, Sulu, tak ada kereta dan sebagainya.

Lelaki yang kita bamboo hanyalah lelaki biasa, tak berupa, mungkin ada lah yang berduit tapi tu tolak tepi. Ni aku nak fokus kat lelaki yang biasa biasa. Macam aku dengan kau. Macam hang dengan aku, macam mung dengan ambe. Macam tu. Kitalah lelaki yang biasa. Yang tak ada arah, pemalas bangun pagi, pau rokok kawan lagi. Ha kita lah. Lelaki Biasa. Macam mana lelaki biasa boleh dapat perempuan perempuan luar biasa ni?

Bagi aku perempuan “Luar Biasa” ni tak semestinya cantik gebu badan padat peluk rasa sendat. No! Sama sekali. Bagi aku perempuan luar biasa ni adalah :-


  • ·         Perempuan yang pandai berdikari dan membawa diri di public

  • ·         Perempuan yang ada daya saing sihat mcm dalam pelajaran, kerja dan cinta *ehem

  • ·         Perempuan yang tak 100% bergantung harap dekat lelaki, dan mampu usaha sesuatu sendiri. Macam nak shopping baju baru, tak ajak laki. Buat pilihan sendiri.

  • ·         Perempuan yang decisive dan tahu apa yang dia nak. Bila tanya nak makan apa, straight away cakap nak makan Soto, tak buang masa cakap “Anything” tapi bila laki buat keputusan, tak setuju.

  • ·         Perempuan yang sabar. Perempuan yang penyabar. Perempuan yang bersabar

  • ·         Perempuan yang tahu tukar tayar kereta sendiri, yang tahu bukak penutup botol, yang tahu kat mana Giant Sri Muda, yang tahu sapa Tengku Sharif. Senang kata, SERBA SERBI TAHU iaitu BERILMU

  • ·         Point yang diatas, PEREMPUAN BERILMU BERAMAL BERBAKTI BERANI

  • ·         Aku dah tak ada idea.

Apa yang di-statekan diatas adalah pendapat aku, dan preference aku. Laki laki lain mungkin ada pendapat dan nafsu diorang sendiri. Apa apa pun. Perempuan Luar Biasa mmg HUGE TURN ON. Tapi kan nyah, macam mana lelaki lelaki biasa ni boleh memikat hati diorang ni? Sedangkan yang kacak tak dapat, yang berduit tergagau, yang tua terus kecut kerepot dan terus bertaubat? Heran bukan?

Aku pun tak tahu apa jenis ilmu diorang pakai, tapi berdasarkan kajian dan pemerhatian secara rambang, Perempuan perempuan ni tertarik dekat PERIBADI/HATI yang MULIA disebalik ke-momokan lelaki tu. Takkan aku nak render jugak peribadi yang mulia ni macam mana. Kahkah. Okay lah, senang cerita lelaki lelaki ni jenis yang humble,  down to earth, berusaha untuk capai sesuatu, ada wawasan kalah wawasan Mahathir, ada ilmu agama, baca buku Hilal Asyraf, soft spoken, ada semangat tinggi nak belajar, toleransi dewa,  marah dan ego bertempat, sayang kucing, sayang mak, sayang abah, sayang abang adik kakak, sayang semuanya..... Konklusi dia, Lelaki ni bersikap POSITIF. Ya, POSITIF. Lumrah lah, sapa tak nak orang yang baik disisi mereka setelah dah lalui jahannam sebelumnya. Kan? Ada kemungkinan jugak sebab lelaki lelaki biasa ni SAFE. Safe lah sebab tak ada kemungkinan untuk curang, mata keranjang, main kayu tiga, jadi gay dan sebagainya. PLAYSAFE.



So, kita lelaki yang perasan hensem ni toksah lah perasan lagi, jadi diri sendiri. Tak payah beli alat tatarias yang mahal mahal utk kacakkan diri, tak usah beli pakaian branded sedangkan kau makan pun meggi je macam aku ni. Tak usah lagak dengan kereta mewah, telefon mewah, untuk pikat yang kita terpikat. Sedangkan semua mewah kau tu sama ada duit mak ayah, hutang ataupun korang curi. Itu aku tak pasti.   Tak perlu lah nak berdaya saing dengan lelaki lekai lain yang dah semulajadi mewah dan kacak. Yang semulajadi bersifat seksi dengan perempuan. Lagi sekali aku tekankan, JADI DIRI SENDIRI.

Kalau kau nak g gym, dengan niat cantikkan badan kau untuk kepuasan/kesihatan diri, tu aku sokong. Sebab dengan bersenam atau apa apa lah aktiviti sukan, kau boleh tingkatkan keyakinan diri dan hormone testosterone korang. Sebab tu laki yang kerap main futsal dapat awek senang (lahanat, aku tak main futsal). Selain itu, jadilah lelaki yang positif, berakal dan berilmu. Semua tu kau boleh belajar secara formal atau informal. Ha, ayat aku macam karangan dah. Kau boleh belajar dari buku buku ilmiah terutama dari Hilal Asyraf, kau boleh belajar dari Brother Love a.k.a Razzi Rahman, kau boleh belajar dengan housemate kau yang asyik tweet pasal cinta. Apa sahaja. Asalkan ia jerumuskan kau ke arah yang positif. Paling aku nak tekan kan, ringan diri amik tahu pasal agama. Pasal tanggungjawab lelaki. Kau nak bainati jannati kan? Kau nak jadi Khalifah kan? Kau nak Till Jannah dengan bini kau kan? Jadi, belajar  lah. Walaupun sikit, walaupun sekelumit, walaupun dengan tgok ‘Kalau Dah Jodoh’. Itu bagus. Aku pun tgok jugak. Kahkah.

Nak jadi positif ni aku tau bukan senang, aku pun banyak negative. Tgoklah penulisan aku. Korang faham sendiri. Aku buat entri ni pun sebab aku sedar yang JADI FAKE atau BUKAN DIRI SENDIRI, takkan buatkan kau nampak berharga depan perempuan. Kalau kau, smoke. Smoke je lah. Kalau kau suka korek hidung, korek je lah. Nak berlakon kenapa? Relationship is being natural together. Itu point aku. Dalam masa sama, kita yang puaka puaka ni usahalah something untuk tingkatkan ilmu belajar, ilmu common sense, ilmu pasal biologi perempuan, ilmu Gwiyomi. Apa sahaja, biasakan diri dengan ilmu. Baca buku. Baca paper. Baca zine dari ANOMALI ZINE iaitu ANOTASIANOMALI yang aku rasa penuh dengan puisi cinta jiwang karat nanti. Ilmu tu penting. Tak guna kau hensem tapi tak tau Gandhi tu sapa. Tak guna kau kaya, kalau pointer kau cukup makan ja. Tak guna awek kau lawa, tapi otak kau kosong last last kene control jadi hamba sahaya. No, kita lelaki. Kita pemimpin. Kita PKR.

Famous Last Word. Be Positive, Be Confident, Be Educated, Be Yourself dan Berbaik Sangkalah walaupun dalam keburukan dan kejahilan kau. Aku faham kita tak sempurna, at least kita cuba. Usaha kita tu huge turn on untuk perempuan. Tak percaya? Cuba lah, cuba tulis puisi. Bacakan depan dia. Aku bet tak cebikan, ciuman kat hati kau dapat. Nak kat pipi ke dahi ke kenapa? Gatal sangat dah ke woi?  Hiks, harap korang faham apa aku sampaikan ni. Aku type ni pun time tgah stone ubat selsema. Till then, Tuduleux!

Lots of Love,
:3
#AKU.MASIH.MEMERLUKAN.PENULISPENULIS.AMATUR.UNTUK.ANOMALIZINE
*credit to search engine yang terkenal*

Friday, 12 April 2013

Putus Cinta itu .. (--oo--)



#IN B4, kalau korang baca betul betul entri ni, korang ada modal nak bahan aku kaw kaw.

Oh, Hey..  Assalamualaikum. Tengok kiri dan kanan sebelum baca entri ni..

Dah?
Great audience oh korang. *applause* 

Sebab korang kene tipu, buat apa lah ikut cakap aku ni nak tgok kiri kanan kan?

Eh marah pulak, eh apa? Boring? Eh blah..

Hikhik. Okay tak mukadimah ni? Rasa macam annoying kan? Greatlah, korang mmg orang Malaysia sejati yang sentiasa rasa menyampah terhadap apa apa yang less dari korang. *tajam*

Ready untuk entri yang berjela?

Sebenarnya, aku nak luah or lebih tepat, bagi pendapat dan idea aku yang bernas mengenai Putus Cinta. Ya Break-Up, Break-off yang sangat f*ck off. Setuju? Siapa yang follow twitter aku perasan lah yang dah 3 hari aku tweet “ Putus Cinta itu Babi. Haram untuk Cinta”. 

Mungkin statement tu nampak macam kasar dan sangat rated adult, tapi tu hanya lah metafora dalam hiperbola yang disengajakan. Seperti mana yang kita tahu, Islam haramkan babi untuk penganutnya. Dari segi sentuhan fizikal seperti memakan, menyentuh dsb; dan juga dari segi percakapan iaitu tidak boleh menyebut haiwan kotor ini sebagai medium makian dan cacian. Itu cerita lain. Nak tau pasal Haramnya Babi dalam Islam, sila rujuk blog-blog ilmiah yang bagus. Blog aku ni sedikit liberal. So, bersabar lah dengan setengah statement yang mungkin buat korang crack sebab tak boleh terima hujah yang penuh kata kesat.

Again, dah ready untuk entri yang berjela?

Simple nak kata, aku baru break-off. *kahkah* Ya, anda sangat bertuah boleh gelak kat aku dalam maya secara pukal. Nak buat macam mana, tak ada jodoh. Bukan taknak, bukan tak suka. Dah takda rasa. Nak paksa apa lagi? Setuju? Aku heran, aku kalau putus cinta, memang aku down, remuk, hancur, luluh. You name all the negative impact yang kita rasa lazimnya lepas putuih cinta, ha tu lah aku akan rasa.
*rujuk entri entri 2012 utk mengetahu betapa emo-nya aku dulu*

Sadly, this time. I FEEL NOTHING. NOTHING. Mungkin hati aku dah tepu, mungkin aku dah bosan nak frust menonggeng sebab aku rasa sangat bodoh nak kesalkan perkara yang dah terjadi dan juga atas kesilapan sendiri. Mungkin jugak sebab aku tak berkorban sebanyaknya macam dalam kisah cinta yang dulu. Lebih careful. Hurmm.. eh ni kenapa ceghita kat hampa personal life aku nih, babi aih.

Putus Cinta itu Babi, Haram untuk Cinta



Korang pernah bercinta kan? Jangan nak fasik munafik sangat kat sini, mesti at least once korang rasa apa itu cinta. Crush crush jugak adalah bentuk cinta tapi lebih lanjut ke arah SYOK SENDIRI.  Bila bercinta, mesti korang nak hubungan cinta korang tu baik baik aja. Tak ada banyak masalah, tak ada perkara yang boleh buat kepala korang crack dan rasa nak ketuk kepala bf/gf korang dengan tin Coke. Kalau bergaduh pun, gaduh sat sat ja. Gaduh manja, yang dimulakan dengan cebikan dan diakhiri dengan pelukan dan ayat romantic “I am Sorry Sayang”. Oi, apa senyum senyum sorang sorang? Wake up! Ini bukan kisah romantis. 

Tapi...

Bila ada waktu yang memaksa korang berpisah dengan cinta korang,  apa perkataan korang sebut? “BABI” kan? At least korang sebut Babi dulu sebelum Fuck. Ikut kredibiliti korang. Perasaan “babi” yang korang rasa masa putus cinta tu sebenarnya intipati entri ni. Kalau aku tak cerita panjang pun mesti korang dah faham tapi sebab aku tak da kerja, aku nak terangkan jugak.

Putus Cinta bagi aku sebenarnya Haram masa Bercinta (Selain daripada perkara perkara haram yang kita buat masa berkapel/bercinta, itu hal hampa, aku just nak remind je). Masa bercinta, the last thing yang dalam minda korang adalah putus cinta kan? Kita rasa takut, rasa tak sedia, rasa tak tahu apa akan terjadi dengan hidup kita lepas semua cinta just gone macam nyamuk yang aku cuba nak tampar sejak tadi. Ya lah, hari hari dengan si dia. Kalau tak dating, text. Kalau tak text, Skype. Kalau tak Skype, WhatsApp. Kalau tak WhatsApp, WeChat. Kalau tak WeCHat, Kongkek. Kihkihkih. 

At least for some yang nakal, mereka akan lebih berani mengHaramkan hubungan diorang tapi tu lain kali cerita. Dah terbiasa dengan si dia, macam mana kalau si dia dah tak ada selepas putus cinta? Babi kan? Rasa babi sangat. Semua rutin harian yang kita buat semua seems awkward and babi-ish. Semua tak kena. Makan sorang sorang. Terperap dalam bilik sorang sorang. Rasa nak bunuh nyamuk. All the negative mindset and thing macam tertarik sangat dengan korang saat “babi” ini. Hidup dah tak terurus, makan minum apa lah lagi. Tengok chicken chop pun macam babi, hilang terus selera. You feel alone, desperate in need for the love to comeback. Mula lah state merayu, meminta untuk si dia kembali menjalin hubungan yang sudah di-babikan pada mulanya putus cinta tapi takdir terlebih dahulu gunting harapan korang halus halus. Semua “get together” thing seems so far. Tak boleh tercapai.  Rasa hopeless and let down. The “Babi” State just entered your life pada fasa ni.

Putus Cinta. The Beginning of The Babi State



Bila dah semua usaha yang dilakukan untuk bersama semula dengan si dia seems vague, tak boleh teram dah. Mula lah, korang rasa hidup ni babi sangat. Banyak soalan muncul dalam otak, yang tak terfikir pun ada macam “Kenapa lelaki pendek selalu dapat perempuan tinggi yang cantik?” Itu sebenarnya soalan yang aku terfikir sekarang ni but hell to it. Crack kepala fikir. Ha, crack kan kepala korang bila fikir sebab musabab kenapa cinta korang yang ditatang bagai minyak yang penuh ni terputus di tengah jalan? Kenapa itu, kenapa ini, kenapa tak itu, kenapa tak ini. Kenapa, kenapa kenapa!!!!!!! *nada emosi yang tinggi*

Too many “kenapa” sampai kita tak boleh get things straight. We can’t think straight. We are in the “Babi” state where semua tak kena. *Ini adalah repitisi okay*. Semua tak kena. Tak kena langsung. Sebab kita hilang arah. Hilang tujuan. Sebab kita dah set dah arah dan tujuan kita hanya lah untuk cinta yang kita cherished sangat tu. Bila hilang? Babi, kan? Apa perkara yang kita buat akan diakhiri dengan perkataan babi. Macam kita nak makan kat mamak, mamak masak tak sedap; dah lah tgah frust. Babi!. Kan kan, camtulah monolog dalaman kita kan? Or or bagi lelaki/perempuan yang smoke, rokok habis. Mesti babi yang korang fikir sebelum fuck. Sebab fuck tu dah tak boleh dah, kata baru lepas putus cinta? :3.  Konklusi dia, orang yang dalam “babi” state akan menyebut banyak sangat perkataan babi. Sebab itu sajalah yang boleh dirumuskan dengan keadaan emosi, mental, rohani dan fizikal dia. Serupa babi. Messy nya hidup.

Haram Putus Cinta Sebab Ia Sangat Babi

Pendapat aku, kalau cinta ni patut biarlah sampai bernikah, ber-anak, ber-cucu sehinggaah nafas yang terakhir utk kedua dua belah pihak. Cinta tu sepatutnya ever lasting dengan si dia. Still together for years walau macam mana fucked up pun hubungan korang sampailah korang meng-halalkan semuanya. Ya, cinta tu selamanya. Betul tak korang? Kalau boleh taknak langsung putus. Biar jemu dengan muka jawa si dia, biar si dia kerja bagai robot sampai takda masa utk korang, janji tak putus. Janji Cinta itu tetap ada walau badai melanda. *Cewah*

Pesanan aku sebab aku dah tandus idea dek rokok dah habis dan rasa nak ber-mughalazzah akibat makan banyak, kalau boleh cuba dan usahakanlah something untuk make your relationship work walau apa pun masalah yang korang hadapi masa bercinta.

Kalau pasangan korang curang, main kayu tiga; cuba cari punca dia curang. Mungkin korang ada buat salah, mungkin korang kurang bagi perhatian saat dia down. Mungkin. Hati orang kita tak tahu. Slow talk lah, bincang, cari punca. Jangan biar emosi marah dan geram hancurkan hubungan korang. Tak salah kan untuk bermuhasabah diri dan bermusyawarah dengan pasangan korang untuk kekalkan manisnya cinta tu. 

Kalau family tak restu, work something out untuk bagi family kedua belah atau sebelah pihak terima dan restui hubungan korang. Mungkin bf korang muka jawa, mak ayah tak suka. Mungkin gf korang tak reti masak, mak ayah tak suka. Take some time, selitkan usaha dan yakinkan mak ayah korang. Macam terangkan dekat mak ayah yang sebenarnya lelaki jawa ni tak lah serakus seperti yang mereka sangka. Jawa ni baik baik belaka. Nakal tu belakang cerita. Sapa tahu, usaha punya usaha, akhirnya mak ayah restu. Belum usaha, belum tahu the end game.

Kalau sebab tengah LDR (Long Distance Relationship) teknologi kan ada. Usaha lah guna kemudahan tu untuk keep the sparkle sparkling. Aku faham, dalam soal LDR ni akan ada soal TRUST. Ye lah, dah jauh nun di Johor. Mungkin gf korang tertarik dengan lelaki Jawa di sana. Ya, Jawa sana sado sado dan penyayang. Trust issue ni ada cara nak selesai, korang pun tahu aku rasa iaitu TRUST lah pasangan korang tu. Trust lah selagi tak nampak depan mata dan pasangan korang tak kantoi bulat bulat macam video seks dia tersebar ke, kantoi dia tweet gay gay ke dengan lelaki gay asal Selangor yang putih flawless dan penyayang. Trust is an obligation in LDR. I repeat, OBLIGATION. Sekali sekala, lawatlah pasangan korang yang nun jauh di Perlis, atau ajak lah dia lawat anda nun jauh di Sarawak. Itu pun kalau mak ayah restu bagi si perempuan. Selalu mak ayah si lelaki ni okay ja. Kan? *hidup mak ayah si lelaki*

Tapi, kalau masalah relationship korang adalah kerana pasangan korang dah tak da rasa cinta dan kasih dan sayang serta percaya kat korang, itu kategori “Ultra-Hard” dah. Manakan dipaksa hati manusia yang dah totally berubah. Still, korang boleh usaha something to change his/her mind tapi selalunya ia takkan terjadi. Hati orang kita tak pegang dan susah nak pujuk bila dah kunci rapat. At least, dengan usaha korang tak lah korang rasa FAIL sangat sebab korang dah buat sehabis baik untuk kekalkan semua ni. At least korang boleh bermegah dengan statement “ I’ve tried my best for you but I just can’t win” sebelum korang enter the “Babi” State of Mind. Be brave with it and just walk away, step out from that kepompong and set yourself free lepas dah melalui fasa “Babi” yang sejak tadi aku cakaplah kan. Cinta ni ada dimana mana. Bila bila masa boleh hinggap, macam kupu kupu yang korang crack pikir dari mana datang hinggap dalam bilik korang. Ya, cinta tu macam miracle. Keajaiban dia bukan kita tentukan tapi siapa? Aku rasa korang tahu siapa.

Ya, itu pesanan aku, pendapat liberal aku. Apa apa pun congrats kalau korang baca semua ni secara total. Bukan skip skip sebab rasa boring dan aku tulis ni panjang sangat. Terima kasih sebab sudi baca sebab aku perlukan sangat higher view untuk aku buat keputusan nak join Nuffnang ke tak. Sory kalau banyak sangat babi. Aku tau korang tak suka. Korang rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Aku bangga dengan korang. Till then, followlah twitter aku @aufashahrain. Sebab aku sangatlah malas nak hapdet belog ni. Kecuali aku betul betul crack taktau benda apa nak buat. Thanks yawwss

:3
*credit to Google sebab sediakan gambar gambar yang sangat sesuai"
 
#IN B4, kalau korang dah baca betul betul entri ni, korang dah ada modal nak bahan aku kaw kaw. Ok, bai!