YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, 28 August 2012

Don't want to live in that memory no more

MY PAST IS MY FEAR

Assalamualaikum anda2 semua..semoga dirahmati Allah selalu, dan dipermudahlan segala urusan anda2 sekalian ^__^ .. 

I don't know why but always, my past is trying to catch up with me. Aku dah cuba sehabis baik untuk buangkan semua memori pahit tersebut, segala hal2 maksiat tu dalam kotak yang aku dah kunci sebaik2 nya tapi Ya Allah..di uji di uji lagi dan aku selalu tewas. Aku takut yg aku akan terjebak kembali dalam kancah tu, aku takut aku jauh daripada rahmat Allah. Aku tahu aku tak patot utk ingat kembali semua itu, tapi lagi aku try nak lupa, lagi da mai, kalo aku buat tak tau pun..dia akan dtg di saat2 "keperluan" tu dtg..aku dah cuba..mungkin aku cuba tak sehabis baik, mungkin ne semua tanda dari Allah yg iman aku, diri aku ne masih belum capai takwa yg dia kehendaki...mungkin aku kena cuba lebih baik, lebih mendalam untuk ubah diri ne..mungkin..

Aku takleh ubah my past but certainly I will try my all to change my future. Aku tak nak lagi hidup dalam hal2 mcm tu..Aku tak nak..aku tak nak, aku tak nak.. Ya Allah, tolong hamba mu ini..tak daya lagi untuk ku menahan segalanya lagi melainkan dengan pertolongan mu..kuncilah kembali segala sifat2 buruk ku dalam kotak itu dan hancurkan nya, agar bisa ku rasa tenang..

" Aku tewas hari ini,ampunkan aku Ya Allah..."

Friday, 24 August 2012

Bulan Syawal Bulan Pertunangan/Perkahwinan






Seperti tajuk di atas,dan gamba yang anda2 lihat di atas..Bulan Syawal adalah Bulan Penyatuan Dua Hati....
Eh, Lupa..Assalamualaikum semua! Dh lm kt xupdate2 ye..maklumlah,bizi dgan raya ni..=D.. Ya Allah, bulan syawal ni,time raya2 byak plak kawan2 seperjuangan aku yang bertunang.. aku sangat jelez..... ('__').. Gembiara sguh aku tgok depa dapat rezeki bertunang..Khairi dgan Sal, Wani dgan Dafi..byk lagi lah..dgaq kata Zizah pn nk tunang..xtau lah..papepun,aku hapy dgan korg..hapy sgat.. =), semoga korg akan bernikah cpt2! Bahagialah! Tgal satu lagi step..insyaallah,korg akan jadi halal untuk masing2..aku doakan kebahagiaan anda2 semua..with doa and love..

Haihh..aku ne bila la plak kan? Fikir mendalam..mungkin blom masa aku lagi. Allah lebih tahu aku dah bersedia belum. Mungkin ade byak aspek dalam hidup aku yg buatkan aku msh belum layak untuk bertunang dan nikah dan seterusnya menjadi seorang suami kpd seorang isteri.. Kalau skrg aku tunang,maybe akan ada byak masalah..Aku pcy dengan jalan yang Allah tulis untuk aku, sedih mmg sedih, tercabar mmg tercabar, cemburu mmg cemburu.. tapi ap nk buat,aku xleh atur hidup aku ikot ap yg aku nak,kalo aku cuba sguh2 pun,Allah kata NO..so NO lah..aku xleh lawan Allah..bkn mcam dlm game God of War ke, cite Clash of the Syaitan ke...tu semua karut,tahyul..manusia nak lawan tuhan? pfftt..mati takut nak lawan tuhan? Bila ssh pun rayu, Ya Allah,Ya Allah..

Oleh itu, bersabarlah wahai hati, masa mu akan sampai kelak,akan tiba nanti..sebelum waktu itu,kt kene siapkan diri,siapkan iman,siapkan jati diri,siapkan pegangan, cukupkan ap yg kurang, lebihkan yg baik,kurangkan yg buruk... InsyaAllah..akan tiba masa kita

" Bersabarlah Wahai Hati "

Saturday, 18 August 2012

Alhamdulillah.. Eidulfitri Datang Lagi =D

" SELAMAT HARI RAYAAIDILIFITRI MULIA"


Alhamdulillah, setelah sebulan kita semua berpuasa, dapat jugak kita berjumpa lagi dgan bulan mulia bulan kemenangan, iaitu bulan Syawal.
Dah syawal, apa lagi.. RAYA LAH!! =D

Saya, Shahrain Al-Awwal bin Yazid ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri kpd my hero and heroin, Dato' Yazid dan Datin Hayati, to my power rangers, Yuniza, Feisal, Zahriel, Idzwan, dan Nabila, to my future superheroes, Nabil, Azra, Rahman and Qalesya dan yg akan2 datang, to all my samseng2, Acap, Aslan,Din, Hazrul, Ukasyah, Izzul, Iqbal, Bani, Syafiq, Achai, Prishant, Shah, Fikiri, Kay, Boss dan lain. To all my sailormooners Amira, Amira Damia, Tirah, Tika, Diya, Ifa, Ira, Fera, Kuyen, Jaja, Anis, Kiki, Tiara, Mai,Fafa, Nini, Nad, Fika, Ain Nabila, Q, Shera, Fid, Dila, Juju, dan lain2. To all my lecturers, presidents, pemimpins,majlis perwakilan pelajar, senior2, junior2, mamak2 ali, mamak2 syaz, mamak2 rafi, mamak2 makbul, peniaga2 gerai seksyen 2, peniaga2 pasar tani, tesco extra 13, Giant 13, to all my crush, Farra Adieba, Amira Filzah, Sachie, Neelofa, Tasha Shila dan lain.
Dan tak lupa jgak kepada penyailang, Fariz Rizuan
Dan tak lupa juga kepada yang mengenali diri ini.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan,keterlanjuran, kata2 makian, cacian, random troll yang aku buat, segala tipu sunat, tipu daya, pemikiran jahat, janji tak ditepati, sifat2 riak,sombong dan takbur aku, sifat2 malas aku,sifat sambil lewa, panas baran aku, samseng aku, dendam kesumat aku dan segala lah kesalahan yang aku tak fikir pun aku buat. Mohon ampun dan maaf sekali lagi. Aku hanya insan biasa.

Kepada cik Intan Zuliana bt. Saadon
Sy mintak maaf atas segala kesalahan, bad things, my harsh words, my heartless lectures, that I have done to you, maafkan i sbb tak dapat bersama awak, tak dapat tunaikan janji sy kat awak, insyaallah, saya akan simpan segala memori dan janji2 tu dalam hati dalam fikiran. i takkan lupakan sampai bila2.
Thanks for everything, though i feel a bit menyesal.
I thought we were meant for each other. But Allah forbids it.
I want you to know that I have tried my best to love you, care about you to be there for you, and accept you for who you are but i'm not strong enough. We were not strong enough.
I hope you are happy with the person you choose, and the life that you choose.
Insyaallah, everything will be good for you, I pray for the best.
I hope you do to.
To your parents and siblings, sorry I can't be a part of your family even though I hope to be. It was not meant for me, it was for somebody that is better than me, dan pakcik, akan ada laki yang terbaik utk intan. Akan bahagiakan dia, lebih dari yg sy mampu. Kebahagiaan anak pakcik adalah yg terutama, if dia bahagia tanpa sy, sy rela. Asalkan dia bahagia,selamat dan sejahtera. Itu saja
Dan kepada Cik Yen
Semoga berbahagia dengan superman hang tu, he is better for you
I hope korg kahwin nanti, buat anak byak2 k?
(^__^)
Mintak maaf yen atas segala salah dan silap yg shah buat dlu, sepanjang 5 taun tu.
Shah maafkan yen, harap2 yen pun maafkan shah.
 
Semoga Aidilfitri ini membawa makna untuk kita semua
Jazakallah Khairan
(^___________________^)

Friday, 17 August 2012

Tips Jangan Cari Awek Bengap (copy paste)

Zaman serba canggih ini gua rasa budak sekolah menengah rendah mesti pernah kapel.., tak silap gua budak sekolah rendah pun dah pandai kapel-kapel yer dak..??


Bagi seorang lelaki gua nak bagitau korang jangan la cari awek yang mata duitan.., tapi silapnya bukan pada si awek tu, tapi pada si lelaki yang konon macho nak belanja awek.


Wahai lelaki , percayalah..kalau awal-awal mengorat korang dah rajin nak belanja semua makan minum awek bila dating, nescaya lama-lama awek korang tu dah terdidik yang pakwe dia haruslah belanja..!


Kita tolak cerita yang orang kata elok takyah kapel-kapel..,bukan gua kata fakta tak payah kapel tu tak betul, tetapi gua tanak hipokrit yang mengatakan remaja sekarang tak perlu kapel-kapel.


Ramai kawan-kawan gua yang dahulunya bengap sentiasa belanja segala pebelanjaan awek mereka.., tapi bila dah putus menyesal ,hampeh betul..,


Takda istilah "tak gentleman" kalau lelaki tak belanja awek.., adik beradik sendiri pun korang kedekut nak belanja inikan awek..grrrr!!!  bukan maksud gua jangan belanja langsung, tapi jangan didik mereka dengan mewah dari duit korang..!


Nak cari awek carilah yang pernah melakukan situasi ini :



Situasi 1

Di kedai makan, sedang anda ingin membayar duit makan tiba-tiba si awek tegur dan berkata :

 " eh takpa..hari ini saya pula belanja awak..."


Situasi 2

Di panggung wayang, sedang anda ingin membayar tiket wayang si awek tegur dan berkata :

" tadi u dah belanja i makan, wayang ni biar i la pulak bayar"


Situasi 3

Di stesyen minyak sedang anda ingin keluar dari kereta untuk membayar duit minyak si awek tegur dan berkata :


"sayang nah duit isi minyak kereta.." sambil menghulurkan duit


Haaa..sesiapa yang mempunyai  awek pernah melakukan situasi ini silalah jaga mereka dan bercita-citalah untuk mengawini mereka ok..!

Kalau lagi bagus ikut cara gua..,dengan tak malu bersuara jer terus suruh bayarkan,....hahaha

Kalau dah kawin lain cerita memang lelaki akan belanja semuanya.., selagi belum kawin jangan didik pasangan anda yang semua kita kena tanggung.


**************************

Situasi awek yang patut dan segera tinggalkan ialah seperti ini :

Gf : i mau kita putus

Bf : hah!? Kenapa ? padahal i baru je nk beli BB baru buat kamu syg

Gf : haha., takda la i cuma bergurau la sayang

Bf : owh yer ker..,sama la... Aku juga bergurau..:D



Sekian...Peace (~_^)v

p/s : ciri-ciri lelaki yang harus si awek cari ialah seperti gua..hahaha


*Aku suka entri ne sebab, terkena kat aku sendiri..menyesal tak sudah, kira2 duit uh leh aku beli TAB satu, shopping kat TopMan smpi luak

Monday, 13 August 2012

Promo Lagu :Terarah Ke Selatan


Lagu : Terarah Ke Selatan
Penyanyi : Shahrain
Komposer : Arjuna Malam
Lirik : Arjuna Malam
Gitar : Shahrain 

Promo2 lagu! (^_^)
terimalah lagu nyanyian sy ciptaan sedara Arjuna Malam!

Fotoshut bersama Acapan di PSAAS ( Entri byak gambar)

muka yang sangat pedobear..

Isnin bertempat di PSAAS Shah Alam ( Perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah) ada slot fotoshut bersama Acapan fotografer bertaraf Klang..muehehe..=D, niat hati nak tgkap gmb sempena syawal ni..nak wish korg Aidilfitri! maka ini lah hasilny..gmbo dah cntik, muka aku plak mcam pedobear.. =(..

Sebenarnya,aku ne pemalu kamera (camera shy) tpi setengah org ckap aku ne photogenic (jinak dgan kamera). Ntah la..tapi if aku mcam dh brani pose2 gini,kire aku dah ml nak jinak la kot kan? Leh jadi omey2..haha,geli aih!

Mohon abai bearface aku..habis garang dah tu



Saja pilih site dekat PSAAS sbb ada elemen2 luar negara situ. So ade feel hidup di perantuan ah..baru rs dendang perantau. Tgok ha bgunan blakang tu, ala2 California kan2? Minat sgat area library ne. Rs mcam kat tmpat lain..tasik die kot yang buat tmpat tu jadi mcm terbonjol.

Cantik kan shot die?



Ne lah session tu dijalankan. Tmpat ne like tmpat measure paras air kot, rs ny lah..sbb die betol2 dekat tgah tasik tu. Sapa yang pernah tgok cite Cinta V-Log ( Aliff Aziz dan Wawa Zainal) ne lah jmbatan kat scene akhir tu. Yg ada scene ala2 vintage dgan lighting yang sgat awesome. Dapat kamera canggih mmg aku force Acapan snap aku angle macam2! Nak jadi Alip ajiz jgak..minus xde Wawa Zainal disisi.. =(

Jembalang.. (^_^)

Ada ala2 korea dak? Sila komen..aku suka gmb nih..sk sangat!!! Sbb dapat shot yg aku idam2. Alhamdulillah..terima kasih ya allah.. Insyaallah,nanti nak fotoshut lagi kat tmpat2 yg menarik kat area Shah Alam/Klang ni.. by then,ade lah kamera canggih..Mohon pinjam..boleh?(blah)

Bukankah aku..yang kau menyatakan cinta~ (lagu Awi Rafael sebagai latar bunyi)

Ne lah jurufoto nye..  




* Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua..Maaf Zahir dan Batin!!

Sunday, 12 August 2012

Book Review : Nota Hati Seorang Lelaki





Book title : Nota Hati Seorang Lelaki
Author : Pahrol Mohd Juoi
Publisher : Telaga Biru Sendirian Berhad
Page : 272 pages

" Carilah sesuatu yang luar biasa di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini "

Itulah yang tertulis at the back of the book. Buku ni dh lm dah dibeli. I think in February or January 2011. The first book yang dibeli atas dasar kerelaan sendiri. Sejarah nya, tgah bosan. Decide to ronda2 Giant Shah Alam. Kat situ ada MPH Bookstore, dah xde ape lah sgt nak window shopping, dengan berani nya melangkah masuk dlm MPH tu. Mula2 masuk, agak culture shock, sbb aku xbiasa dgan suasana penuh buku dalam satu ruang yang kecil. Perasaaan claustrophobic mula terbina tapi mendesak utk melawan sbb fikir2 dah dewasa so I have to berkasih dgan buku. Ilmu kan? =)

So aku pusing2 lah satu store tu, belek2 buku yg interesting front page n tajuknya. Macam2 yg menarik minat, but somehow this book yang sangat3, tersangat menarik hati. Bc title ny pun dah mcam, fikir.. like baca diari seorang lelaki kot ne,wehee..aku sk rahsia! Then, belek2 blakang buku tu, ada puisi terpahat. Kata2 sungguh menyentuh jiwa. Then tgok bawah sikit, tertera harga RM20.00. Mula2 fikir jgak,nak beli ke tidak ni. Kang bli nanti isi tak best, nyesal plak (the book is properly wrapped). Pastu, bukak wallet, duit berkepuk..so dgan berani,relakan je lah. I take my chances and truskn dgan niat utk cuba dan bca the first book that I ever bought!

Sampai2 umah, bogel2 then trus melompat atas katil. Excited nak unwrapped buku tu. Aku unwrapped buku tu gaya beruang of course. Koyak! Koyak! Koyak!. At last, amik bau..wahh,bau ilmu..then start baca the first page, then continue2,continue2..sampai tak sedar dh lewat malam dan smpi ke page 50 aku bc. Khusyuk sungguh! U know why? sebab buku ne sangat lah awesome dan WINNNNNNN!!!!!!!


Buku ne ada 4 bahagian :
1. Nota Hati Seorang Anak
2. Nota Hati Seorang Suami
3. Nota Hati Seorang Ayah
4 . Nota Hati Seorang Dai'e ( Pendakwah)

Every bahagian ada story, teladan, dakwah nya yang tersendiri. The originality yang tangkap hati ne utk terus membaca hingga lipatan yang terakhir! The most favorite part for me is part anak dan ayah. Setiap isi, kata2 dalam cerita yang disampaikan tu mmg boleh buat aku tacing 1000 malam. I remember I shed manly tears bl bc Nota 4- Ketupat Mak. Teringat kat my mom, her struggle to raise her daughters and sons and what she been through selama ni. Terbayang habih semua yg mama buat. Sedih. T_T.. sbb rs mcam aku belum menghargai mama the way I should.

Believe me..kpd saudara2 lelaki sekalian, kalau kalian nak faham apa erti sebenarnya nak jadi lelaki, bacalah buku ni. Gerenti, tak rugi. Baca dengan hati, Insyaallah,kita akan fahami. Penceritaan buku ni takkan buat kita bosan. Ada byk gabungan humor,sedih,drama, sarcasm pn ade selit2. Based on true story of the author and his experience dealing with people. Beli, tolong beli dan baca buku ni. Kalau tak dak duit sangat pinjam kawan2 yg ada. Takdak sangat, bagitau aku..aku post pi pinjam, baca!

This book ubah aku dalam sudut2 pandangan aku tentang erti hidup, how to bawak diri ne, how to be the "Lelaki" yang semua harapkan, luas pandangan aku tentang dunia sebenar dan perjuangan sebenar lelaki lepas baca buku ni. Yeah, this book will change u in any way it can. So, beware.. If masih nak terpuruk dalam paradigma anak muda zaman sekarang, jgan lah cuba bc buku ni. Korg akan anggap buku ne bodoh, useless dan kata2 makian yang anda biasa gnkan ( sila maki gn kata anda sendiri ). Tapi, if korg dah ready, and needed that perubahan yg korg nak, this book will definitely help. Depending on korg punya kefahaman dan perspective, impian dan harapan dan sebagainya. Sekali lagi, BELI!!! korg takkan menyesal.

"Hati seorang lelaki, kekadang perlu sekeras waja, Ada masanya mesti selembut sutera. 
Lelaki, jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI "
- Pahrol Mohd Juoi-

*Aku dah khatam buku ne 3 kali, bila masa aku buntu.. aku bc buku ni utk cari ilham, I LOVE THIS BOOK! Alhamdulillah! =D


I have to..sorry






Kepada awak, IZ..
Sy tak tahu perlu atau pun tidak sy nak mintak maaf kat awak. Sy dibelenggu, ego dengan simpati merasuk diri.Tapi demi Allah, saya nak mintak maaf..saya nak mintak maaf, saya nak mintak maaf..
Saya tak bermaksud nak perli2 awak, tak terniat nak troll awak, nak ejek2 awak dan F dekat status2 sy, tweet2 sy..

Hati ni, masih sakit..hati ne masih tak dapat nak let go marah dan denda, dekat awak berdua..Jujur saya cakap, sy dah maafkan awak, dan cuba utk lupakan apa sj yg awak dh buat kat sy, ap yg F dah buat kat sy..
Tapi it takes time, saya dah tak kenal erti sabar bila hati ne remuk..saya cuba tahan,tahan dari keluarkan kata2 yg tak patut saya kata tapi saya lemah,saya tak mampu tahan..

Awak mengharapkan saya dapat maafkan awak 100%,tanpa saya rasa terkilan, sakit hati, dendam dan sebagainya..
Ternyata awak jahil, awak jahil pasal perasaan dan hati sy..
How do you expect me to feel nothing when everything that I know became unknown? Everything I feel became dust? 
Cuba bygkan hati saya ne,cuba bygkan perasaan sy yg menderita tak sudah ne.. saya sedih,saya sedih sangat..

Hati ne xmampu nak tahan sedih dan perasaan yg bukan2 ne lm2..akan terluah jgak bl i think about u,about us and what had happen.
Jujur, sy sendiri taknak bermusuh dgan sesiapa pun, sy taknak lukakan hati sapa2 pun..ye,sy selfish sbb tak fikir pasal hati dan perasaan awak bl sy berkata2, tapi awak ad fikir perasaan sy? Siapa yang mangsa, awak ke sy? Hati sp yg terluka? Awak ke sy? Awak dpt bergembira dgan everything yg awak ad skrg, sy ne nak cuba bina balik jati diri,keyakinan diri sy, nak bina balik what you have burn. Half of me is in you, and I want it back..I want to build it back, but it takes time..

Percayalah, satu hari nanti sy takkan rs lagi marah ni..takkan rs lagi sedih ne..dan sy berdoa awak tak rs ap yg sy rs ne, sy tak sk pendam ap yg sy rs mcam awak..sy takmau rs beban..
Maaf ats sifat kasar sy ne,kata2 kesat sy..perli2,ejek2,troll2 sy ne..

" I'm sorry, I have to.."

Saturday, 11 August 2012

Semua Lelaki Lonely Soldier Boy


Semua lelaki adalah pejuang
Semua lelaki adalah pahlawan
Semua lelaki adalah pemimpin
Semua lelaki adalah pembimbing

Semua lelaki adalah lonely soldier boy. 
Pejuang utk diri sendiri
Pahlawan utk keluarga dan masyarakat
Pemimpin manusia sejagat
Pembimbing insan terdekat

Jangan takut, jangan risau
Jadi lelaki bukan mudah
Insyaallah, andai diberi jalan,waktu dan kesempatan
Hidup akan jadi lebih mudah
 Berserah kepada cinta yang kekal selamanya
Lelaki tanpa bimbingan Tuhan
Adalah lelaki yang lemah

 











Friday, 10 August 2012

Pullman Putrajaya Lakeside : Listed place of Work

Entrance area. Menara nya sangat santik!







Ahh...alhamdulillah,dapat jugak update blog nih! Syukur!

Jumaat yg lalu, 10 Ogos, kire semalam lah kan, aku bawak diri pi Putrajaya dgan rakan2 seperjuangan. Niat nya adalah utk visit the only hotel in Putrajaya iaitu Pullman Putrajaya Lakeside. Zaman2 aku kene ulang alik Kajang dulu, aku rajin pegi Putrajaya. Aku mmg suka level pokemon dkat Putrajaya nih, mmg impian aku utk rasa hidup kat Putajaya. This place is different, sumpah lain dari tempat yg lain. Rs mcam dduk kat dunia Cicakman. (^____^)

Pagi tu sebenarnya aku malas nak pegi, tapi apa kan daya, nak jaga air muka lecturer aku..relakan lah, lagipun bkn slu dpat IV nih. Sbb kemalasan adalah kerena ETR, aku ngantok nak meraban dah. Drive pegi kampus pun mcam mimpi.. Ok,stop pasal aku, focus on the hotel!

Bila sampai kat hotel ne, ada sedikit monolog dalaman " Ya allah, selama aku slu pegi sni tak pernah pun aku tau kewujudan hotel yg cantik nih" Yup, aku bagi 100% yang hotel ni sangat cantik bagi aku..the view is just superb!

The B's Restaurant ( restaurant ni sume huruf B ade, exclude Babi, aku tau korang think about that word)


 Kitorang tour satu hotel ne diiringi oleh GSR dan HR Executive.Tgok2 bilik,tgok2 facilities..mmg best lah, yang tak bestny kene jalan kaki,naik tangga bertingkat2 dan hotel tu sangat LUAS.. ya, LUAS..sapa semput mmg give up awal..

Spa room dia yang sgat WIN..bau die perghh,,relaxing!
Ada byak lagi gmbar, tpi aku amek kat google je, gmbar tak diupload oleh potoglafer lagi. Bila dh dapat, nnti aku buat PART II okayh?? =)

ETR: Y U NO EASY? PART II







Hampir naik gila semalam menghabiskan kerja2 ETR..
Tido satu jam,ya satu jam saja..
Mata almost jadi panda..
Nasib baik aku comel..
So takda efek pada diri..
Now..
I'm like that meme up there.

Wednesday, 8 August 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang



"HANYA AKU CINTA KAU SEORANG"

Jarang aku dgar lagu jiwang, but this song touching level pokemon
("________")
*enjoy..
mengapa tangan kau lepaskan,setelah hatiku kau tawan..lalalaal~~~ 

Awkward Love.Hate Situation






"Awkward Love.Hate Situation"


Today for iftar I did something stupid I guess. Lompat masuk lubang maut, berenang2 then cuba nak naik balik, tapi stuck in the middle dan tak ada lagi nmpaknya jalan untuk keluar,kene sabar dan tunggu sehabis baik dgan penuh doa dan harapan, agar semuanya akan berakhir.

Hari ni Majlis berbuka Puasa bersama Acap,Nini,Fafa dan Dia..Cik Intan si Pelebur Cinta aku. Tak tau kenapa aku setuju dgan Nini utk bk puasa sama2, aku tak tau ap yga ku cuba utk buktikan. Aku tak tau. I just do it without thinking. Saat yang paling awkward bila kita bersemuka dgan org yg kita cuba nak lupakan, cuba nak kuburkan semua memori yg ada, cuba nak cuci setiap imej wajah si dia yg pernah bertakhta dari memori hati dan fikiran. Aku gagal dalam pantang larang tu, aku nak lupakan dia tapi aku g jmp dia, itu tak apa lagi, bahkan aku cuba berbaik dgan dia, bermesra. Macam refleksi yg spontan.

I still love her, I'm aware of that but I'm not in control somehow. I lack that discipline dan aku menyesal dgan apa yg aku buat tadi. Aku dah cuba, sumpah aku dah cuba taapi hati ne masih lemah, masih inginkan dia, masih rindukan saat2 dulu. Aku tahu aku tak ptot hidup dalam bayang2 dulu tapi bl npk dia, hati bergetar, berdegup,gugup. I feel numb for a minute. Nasib baik acap buat lawak yg buatkan aku like tersedar dari lamunan tu. It all came back, all the memories yg aku dh kubur, hidup balik dari mati. 

Now I'm stuck in that Love Hate Situation where aku sayangkan dia but in the same time bencikan dia. Aku nak kan dia tapi aku tak perlukan dia. Aku rindukan dia tapi aku tak nak ingat kat dia. Everything is MESSED UP,KUCAR KACIR,GELODAK2..semua lah..



Hati ne bersepah dgan memori,now aku kene start balik utk lupakan dia.

Ya Allah, knplah engkau uji aku begini Ya Allah? Terangkan lah hati ku ini, agar ku dapat lihat erti yang engkau cuba sampaikan kepada hamba mu yang berdosa ini.Sesungguhnya engkau lebih mengetahui akan sesuatu.



I remember that goodbye look from your eyes just now. I remember it well.I will remember it for a long long time and I need long long time to forget about it. I hate you for making me miserable, but I love you for making me feel happy even for that moment we were together.

Tak pe lah. Aku cuba lagi. Bangkit lagi sekali. Cari kekuatan tu balik. Cari balik sebab2 utk aku lupakan awak Intan. Senangkan utk awak jatuhkan sy? Semua mudah bagi awak, sbb syg dan cinta awak tak sekuat sy. Sy tak kan sanggup, tak kan mampu nak buat ap yg awat buat dkat sy. Tadi pun sy tak sanggup tgok awak tak makan. Sy rela awak mkan nasik sy, walaupun saya kebulur sgat. Sy rela belanja awak kuih tu, walaupun sy sendiri tak de duit nak blanje diri sendiri. Sy rela npk bodoh, spy sy dapat hapykan awak dan kawan2 awak. Sy rela npk buruk dpan kwan2 awak, spy dorg tak kan ckap kat awak yg awak salah sbb tinggalkan sy. Semua menda yg awak buat kat sy, but still sy buat baik dgan awak. Awak tak kan nampak dan sedar kan? (^__^).its okay..




"Semoga berbahagia dengan orang yang awak pilih"

Entri Wordless Wednesday!


Tuesday, 7 August 2012

Drumming: Tidak boleh lari dari Hidup

*Bukan drum aku ye, drum studio

Siapa yg kenal aku mmg tau yg aku dgan drumming ni mmg tak leh nak dipisahkan. Istilah Drumming dlm BM ape ha? Pemukul Irama? whatever lah.. Aku malas bukak kamus..jauh kamus. Bl bermulanya aku main drum ne adalah ayah aku sendiri. Impian die adalah utk main drum.Disebabkan dulu die xde kesempatan maka dia nak tgok anak die plak yang rancak balun drum dgan BETUL..bkn balun ikot suka hati,asal bunyi ye semorang? Umur 16 ke 14? Dh lupa dah,memori dah jadi partial2. Yang aku ingat,aku msok Yamaha Music School kat Langkawi tu. 

Mentor aku seorang yang berbangsa India, Tony kot nm dia.Maybe but I still remember his face. Agak cuak bl pi first kelas. Ye lah, blur,tak tau ape. Si Tony plak agak garang org nye. Aku pun dulu agak softy, or penakut, so mmg teragak2 lah. Aku just ingat nak balik je, kalo aku main betol2 aku leh balik awal,tu je aku fkir. Mmg mental torture ms first klas. Dah rs dah pressure nya disitu. First beat aku belajar ap ntah nm die, aku nak buat bnyi kat sini pun tak bleh,awkward. Tu pun pulun nak belajar,nak biasakan diri. Kene tau ape nm2 drum instrument tu lah. Dari hi-hat smpi lah ke floor tom aku kene ingat nama. Till nw aku still ingat, thx tony..(^__^)

As the class goes on, byak lah aku belajar but mostly lagu dari MJ. Tony tu minat MJ so die ajar kau lagu MJ je lah. Aku pun naif,ikot je lah. MMg bosan sbb tak msok jiwa aku. Time2 tu zaman MCR,Simple Plan, so aku nak main lagu2 mcm tu tapi Tony ne tak bagi.Y Tony Y? 

Aku stop belajar dgan Tony lepas die mlas dah nak buat kelas. Aku tak tau awat. Maybe die tak puas hati dgan gaji or maybe die rs die epic fail sbb tak dapat ajar aku dgan baik. I am one of the worst drum student. So die basically quit, dan tak de sp nak ajar. Maka smpi situ je lah pertapaan aku bawah Mahaguru Tony. Anak murid ne pun berkelana lah utk belajar skil2 drum nih. Nak tau tak aku belajar cne?

AIR DRUMMING

Betol. Aku jadi pandai main tahap intermediate hny dgan air drumming. Yang penting imaginasi kene tgi dan ingat bunyi2 setiap drum instrument. Tak caye, try lah..dalam ms 1 tahun, 2 tahun. Mahir lah. tapi kene lah sekali sekala prektis kat the real drum kan.Baru dpat feel yg betol!

Walau cne terer pun aku main drum, aku still learn utk tightkan skill aku ne,msh byk wo nak belajar. Byk teknik2 yg aku tak tau. Harap2 aku leh terer lah. Tahap Ambobzila (drummer hujan pun ok!)

Aku tak setkan target yang tinggi pun dalam dunia drumming ne. Ini hanya hobi dan reason utk aku show off a.ka. berlagak spy aku tak ketinggalan dalam persaingan antara kaum lelaki. Competition is high kat market skrg. LOL! (^_^)

 
 

Kahwin Awal/Muda : The Big Decision!






Perkahwinan atau pernikahan adalah sesuatu yang sangat diidamkan,tak kire lah laki or perempuan..masing2 excited, ada 'dream' impian mengenai hari lengkapnya separuh dari iman kita..

Tak tahu kenapa but i guess guys my age mmg akan terfikir utk berkahwin, kalau die ckap die tak terfikir mmg something missing somewhere dalam otak die. Seriously, rata2 laki2 akan give a serious thought about this issue. Tambah2 yg tgah hangat bercinta dan tak kurang lah yang foreveralone masih belum ada calon. Contoh plg terdekat.... ('___')... SAYA...
Laki2 mesti fikir nak kahwin umur berapa,nak pasangan yg mcm mn..nak muke 'chinese' ke hidung mancung ke, 'aset' menggunung ke..betol x? elehh..tak ngaku..Ada jgk yg fikir,yg bincang dengan pasangan dorg tentang masa depan dorg.Selalunya ginilah perbualan antara mereka..

B: Sayang, agak2 cne eh kt kahwin nanti? U ade idea tak?

G: Entah lah u..eh2,gatal eh u ne..dah fikir kawin da..hikhik(nada manja)

B: (Muka gedik) Eh, taklah..i mmg serius dgan u, kalo boleh i nak rancang masa depan kt bersama, nnti senanglah sbb kt dah tahu nak buat ape,nak settlekan ape,ye dak?

G: Haah kan u? Kalo i..i nak nikah yg simple je, tapi kalo dapat buat yang grand2 sket pn ok jgak kan? Kalau kita mampu..then i nak tema biru cair ms sanding kt,ms nikah kt pki warna off-white nak? bla..bla..blaaa

B: (eh lah haii awek aku ni,aku cite pasal jodoh aku dgan die,die excited g cite psal majlis,WTF?) Eh, okay jgak tu u..i pn sk simple2 jgak..tayah lah grand2,nnti duit lh simpan g honeymoon ke,blanje u bersalin ke,kan?

G: Hah? U nak BELANJA I BERSALIN? gatalnyewwww....hikhik( cubit2 pipi bf) U nak anak bp org? I nak 3 je lah..tak larat lah nak jg byak..

B: I tak kesah..I ikut u jew..tapi kalo teramai,sory ye..rezeki kt takleh tolak.

G:(Muka taklehblah) Ye la tu u.. ngengade lak nak ramai2..hmpph!


 Camnilah selalunya kapel2 muda ne sembang..kan? i have my own experience,korg pn ade jgak..selalu gitu lah kan,anak mesti tak lari drpd topik perbualan.Memang wajib utk kita fikir pasal anak bila kahwin,nak tambah zuriat,bukan pasal seks okay! 


Baru beberapa jam yg lalu, discuss pasal menda kahwin2 ne dgan besties aku dunia akhirat, si Acap.. Sorry, takkan keluar statement yang kitorang gay okay? Kitorang sahabat lelaki yg akrab..jgan slah tafsir.. (^__^). Macam2lah yg didiskusikan.. Acap nih risau pasal ms depan jodoh die..tapi aku rs mcam Amy ne ade potensi utk jadi jodoh dia..ada POTENSI ok cap? Jangan melompat sangat bila baca entri nih..haha

Jealousnya lahaii bila kawan2 sekeliling aku ada bincang2 psl kahwin dgan psgan dorg, ad yg nak tunang dah..ad yang dah kahwin..Alhamdulillah, itu yg terbaik utk dorg. Aku harap yg kapel dan tunang tu cpt2 lah nikah..jgan risau pasal rezeki, Allah leh bagi tapi dosa yg ada tu..tak yah lah dipanjangkan kat sini,msg2 tau agama kan?

Pendapat aku, kahwin muda ne ada baik dan mudarat dia. Ikut niat. Niat baik,baiklah jadinya. Niat tak berapa baik, tak berapa baiklah jadinya. Niat kene lurus, pengakhiran tujuan dgan niat kt tu mesti benar mesti tepat,kalo tak selamanya akan sesat. Nak kahwin muda ne mmg byak dugaan die, kalo yg kahwin lewat2 ne pun ade masalah, ap lg yg kawin muda ne kan? Setiap perkara ada masalah..tak dak menda senang dalam dunia ne,nak berak pun kene teran dulu ye dak? Yang penting tau tujuan.tau tanggungjawab,tau handle masalah..TOLERANSI..sgat penting..KAWAL MARAH..sgatlah penting..Bila dah nikah,semua lah perangai yg kt tak tau tak npk keluar. Dari tak suke korek idong jadi pengorek tegar dan mcam2 lagi lah yg akan terjadi. Perkongsian hidup ne tak mudah,kongsi bilik dgan adik2 ke, roomate ke dah gaduh..inikan pulak dgan pasangan hidup.

Pergaduhan wajib ada dalam semua hubungan.Tak kire lah baikk ke buruk,mesti akan ada. Gaduh ne leh bawak cinta yg makin teguh dan juga benci yang sangat teguh. Kene pandai2 lah. Tau apa baik buruk, yang hak dan bathil. 

Jawapan utk title di atas adalah.... MAYBE.. Aku suke dan galakkan kahwin muda/awal tapi aku larang kalo korang nak nikah niat tak berapa betol dan masih tak sedia dan cukup dari segi rohani dan mental. Marriage is mentally challenging. Mental Torture at its best. 

" Indah tersangat indah sebuah pernikahan itu"

Yup, nikah mmg indah. Aku ne tak tau lah bila. Insyaallah, yang terbaik utk aku akan hadir jgak one day. Impian aku akan tercapai,aku akan bahagia. Insyaallah..Aminn..aminn..aminn..

To my future wife,

Sayang, saya tak tahu sapa awak but I promise you yang i akan jadi seorang sahabat sebaik2 sahabat,kekasih yang sebaik2 kekasih,suami yang sebaik2 suami,ayah yang sebaik2 ayah..itu janji sy..I will try my best for us,for our family. Sy perlukan seorang wanita yang mampu jadi ibu,pendidik dan pembimbing anak2 sy dan sy perlukan seorang wanita yang mampu jadi penyeri hati sy,hidup saya dan penunjuk jalan utk sy bila segalanya seems too dark. What I know is, I love you..even though i don't know who you are. Sy mungkin akan bercinta dgan byak org, tapi pcylah..sy akan end up with you..Allah dah tetapkan awak utk sy, sebelum waktu itu..bersabarlah..Kita akan bertemu,pujuk hati awak tu spy jangan bersedih dan rasa sunyi dan tidak di peduli. Saya selalu ada dalam2 ruang2 yang awak tak tahu. Saya rindukan awak. Please note that. I hope u do miss me too. 




" I want to kiss your forehead and whisper to your ears, 
Until Jannah I Love You "





* Entri yang sangat touching..maaf
  




DBS : Dia Bukan Segalanya


"Dia Bukan Segalanya, Cinta telah Mati, Walau apa pun kata hati,realitinya kau harus pergi"



Bait-bait yang sangat bermakna.........suka, GILA................

ETR : Y U NO EASY?


Dear ETR, 

Y u no easy 
like the rest of other subject?
Y u no be 
good and give us less paperwork?
Y u no tell
that you will give students miserable time?
Y u no stop us
from the 1st semester to drop u from our subject?
Y ETR?
Y?

* Stress yang melanda angkara dateline dah dekat dan satu idea pun tak dijana..tak tau nak salahkan sapa, yang aku tahu aku tak ptot amik subject ne..bukan core aku pun (=_=)"..waste of time maybe,waste of money probably,waste of sleeping time,DEFINITELY..
Aku tak tahu apa masa depan aku,dan aku harap dgan meredah cabaran ETR ne,cerah lah masa depan aku..aku berdoa..aminn 
 

Murtabak Maggi : Inovasi Bernas Rakyat Meleisia Part II



Late update for that Murtabak Maggi, dah rasa dah ape yg aku lh ckap adalah..

 
MURTBAK MAGGI....
 
!!! F'KIN WIN!!!
 

Sunday, 5 August 2012

Tidur : Nikmat Dalam Sekam

"Tidur..Tidur..Tidurrr..rr..rr..rr..rrr"

Lagi sekali aku tewas dgan nafsu tidur nih.. Buka mata,celik2..ku sangkakan msh awal pagi, rupanya dah pkol 10..dalam hati nk memaki, tapi..tapii..Salah diri sendiri.. maki diri sendiri mcam bodoh xbaik je kan..kurang siuman,heehe.. Rasa bersalah bgun lewat, tinggal sahur,tinggal solat subuh..haihh..shahrain2..ap nak jadi nih?? berkat takdak,pahala kurang,dosa byak hari ne..acane nak tebus tu? mampuh lah hang..

Aku perasan lah kan..Sejak aku naik fasa remaja tua nih, pattern tido aku selalu tak well organize..tidurnya pkol 2.3.4 pagi..nak bgun subuh? mmg TAK lah kan..mmg kroihh2 ja atas katil..then bgun pun pkol 12, 1 tgah hari..kalo bgun pkol 10 mcam hri ne..mmg aku bernasib baik..Nasib baik minggu ne cuti..kalo tak, mmg tak pi klas,mmg tak jadi kerja..mmg kalo ada class, aku slu tak pi pasai overslept.. Tabiat yg tak bgus utk diamalkan..sbb tu aku tak pernah dpat Dean List..kes tidur memanjang..

Oversleeping ne ade terma die..bgun pagi terus godek2 cari ilmu..rajinnya anak yazid nih,pagi2 bgun cari ilmu.. Rupanya ada terma saintifik utk terlebih tidur iaitu Hypersomnia. Imsomnia plak kurang tidur..kan? kan? Pembaca semua mesti tgah angguk2..ahahahah..imaginasi tgi,boleh buat filem.. Bila baca2 pasal hypersomnia ne, byak negatif ny dari positif..Risau lahaii bila baca, takut kang melekat sampai ke tua..Setelah membuat kajian secara menyeluruh inilah hasil kajian side effect hypersomnia..  
  • Pening Kepala yg Serius
  • Tekanan Darah tinggi
  • MATI..(homaigod)
  • Obesiti
  • Sakit Jantung
  • Memori lembab
  • Mekanisma berfikir slow
Fuyyoo..byak nyer, yg plg kerap aku alami bila terlebih tidur adalah sakit kepala,migraine..moody tak tentu pasal, otak tak leh nak fikir, cakap slow dan mcam2 lagi lah..
 
Takut lah jugak takut efek die jangka panjang..tak hensem lah aku nanti..(T_T)

* Nota hati utk diri sendiri.. Kurangkan tidur lewat malam,tolonglah..jangan seksa diri

Murtabak Maggi : Inovasi Bernas Rakyat Meleisia




Tadi petang ( pukol 5:15 ptg, 5 Ogos 2012)

Petang time bulan ramadhan ni aku mesti kluar pi bazar,xkira lah hari apa pn..aku mesti,wajib pi..dah rasa macam adat dan budaya dah,asal ramadhan ja wajib pi bazar..kalo aku tak pi sehari, rs mcam xlengkap puasa aku.. Kadang2 pegi bazar bukan bli byak sgat pun sbb aku bbka dkt umah akak aku..open house 30 hari (untung aku,muehehe). Kdg2, aku hny bli sekadar, kuih muih, agar2, roti john dan kalo bernasib baik akan ada org yg blanje yg mahal2..(^__^)..  Maklumlah,aku student mn mampu nak bli nasik beriyani hari2 ye dak? Yg plg best dekat bazar stadium ne adalah usha awek makanan yg meraban byak! err..xlah smpi meraban tapi matsaleh ckap variety of choices lah..Aku sk jalan2 tgok mknan yg sedap2 tu..rs nak bli je semua, NAFSU..mmg musuh yg plg akrab..ikat lah syaitan cana pun, NAFSU mmg jahat..eh,ape aku merapu nih..Okay, back to the story.. aku dah lm dah usha booth Murtabak Maggi nih..ramai nye lahaii orang kat situ..dari first day bazar tu bukak smpi lah skrg,,aku tgok rmi je org beratur..mula2 aku xamik pot lah sgat..maybe org nak trial and error je..try,kot2 sedap..dan entah mengapa harine aku terpanggil untuk try Murtabak Maggi : Inovasi Sepanjang Zaman..

Booth kat bazar tu amatlah simple,pekeje ny 2 org dak ntah asal mn..keje slow,sembang kuat,senyum rambang..aku tak kisah,aku nak murtabak tu je..mcam murtabak biasa, ada 2 jnis..Ayam & Daging..tgok cara dorg buat mcam senang je, letak telur dgan maggi dan sedikit daging2 msk dlm pemukul,then pkol smpi sebati lalu letakkan kat atas para tu..mcam senang je..tapi yg xbest kene tgu lama..maklumlah,pekerja muda sgatlah tidak productive..aku rs aku tunggu nak dekat 30 minit kot,baru dapat lahai sebijik murtabak maggi..line xlah pnjang mn..tapi still slow (maafkan,aku msh emo psal lembabny dorg bekerja). Murtabak tu satu RM 2.20 tapi tadi aku kene game..aku bg RM3 tapi baki aku dapat 40 sen je..aku taktau nak salahkan sapa, Bank Negara ke dak2 tu..sbb aku taw mmg kdg2 terkonfius duit syilling baru nih..lantas aku menghumblekan diri dan anggap sedekah je lah..malas nak gadoh sedetik lebih..Puasa kan? Sabar kene byak..

Now, Murtabak Maggi tu aku tak mkan2 lagi..simpan utk sahur..tgah tido dlam peti ais,mengumpul rasa2 utk aku luapkan time sahur nanti..tak sabar,harap2 worth it lah aku tgu pny lama kot nak makan murtbak tu..(.____.)

Persoalan wujud di minda, mana mai idea nak cipta murtabak maggi nih? mana mai sejarah dia,sapa pencipta..korek punya korek..aku tak jumpa..maybe aku malas nak dig in deeper,ya aku pemalas..so andaian aku adalah :

  •  Pencipta tu suka sgat makan maggi dgan telur yg byak.
  • Bulan ramadhan dia nak makan murtabak tapi xcukup duit
  • Dia decide utk cipta sendiri murtabak guna makanan kegemaran dia
  • Maka terciptalah Murtabak Maggi!
  • Dan aku rs,pencipta ne Bujang..maybe?! (''__'')
One more thing, aku ingat murtabak maggi ne baru wujud,rupanya dah lama..since last year.. so monolog dalam otak aku "Aku ingatkan aku jumpa menda baru yg exciting,rupanya aku dah ketingglalan zaman"..Yeah,salah aku jgak tak bc paper byak.
~Akhir kata

 Dear Murtabak Maggi, Tolong Jangan Hampakan Saya



Awak yang Masih Ada

" Awak yang masih ada 
Awak berikan saya erti yang baru
Awak kurniakan cinta yang baru
Awak kurniakan harapan yang baru
Tapi.."


Tapi itu Dulu.. dulu awklah segalanya utk sy, awk lah pendengar,peneman, perindu sy yg setia! Buatkan kita atau saya sendiri jatuh dalam khayalan dalam fantasi yg tiada penghujung..Awak buatkan saya percaya,kita akan selamanya bersama..awak buat saya percaya yang sy mesti beri awak segalanya,hati,perasaan,masa,wang..tapi ternyata saya silap,saya salah.. Silap saya hanturkan cinta sedalam kalbu kat awak..saya dah ttop setutopnya pintu hati ni demi menjaga cinta kita,tapi awak? Awak tak lakukan, atau awak xcuba sedaya upaya utk tutup pintu hati awak jugak.. You told me you love me,but y do you have to go away? Sedih..sampai sekarang sedih tu masih melekat,masih segar masih wangi dalam hati ni..Sy sedih,rs x dihargai..sdgkan salah sy hnylah utk pertahankan cinta kita,pertahankan maruah saya..tapi awak? Awak anggap tu kesalahan yg besar..Selfish? ye..sy rs tu perkataan yg plg bgus plg cantik utk gambarkan perbuatan awak kat sy..selfish,awak pentingkan diri awak..awak takut utk terluka,awak takut utk bagi sy peluang,takut utk amik risiko..dan jugak awak takut kehilangan Mr.F tu..awak takut,awak terima sy sepenuhnya,sy jdi penghalang antara awak dgan dia..Awak xleh buat keputusan..nak pilih antara saya atau dia atau entah lelaki mn..mmg susah,kan? 

Sy msh ingat alasan awak,alasan awak awak msh belum bersedia tapi knp awak trima sy? Awk ckap sbb sy dah byk tabur budi dan jasa kat awak sbb tu awak trima sy, tapi itu just alasan utk ttop hati awak dan perasaan awak,kan? saya tau u are more than that.. Sy msh ingat malam tu,awak btol2 lukakan hati sy..dgan senyuman,utk elakkan kita bergaduh lagi..saya hny trima apa yg awak ckap.. Awak ckap " Kite kan kawan je selama ni,kite kan tak pernah declare ape2,u yang perasan sendiri ".. Sentap! tu lah perasaan yg sy rs,sy tersentap dgan ap yg awak ckp tu..awk tak fikir ke ape yg awak ckap tu? ap lah sy ne bagi awak? we done many good and bad things together,we met our parents and family,we go for a vacation together,everything we did it together..tapi awak cakap antara sy dgan awak xde ape2..hny KAWAN..sentap,perasaan nak membabi sgt lah tgi... I'm high, then u decide to shoot me, i fall, i fall hard..crash and burn..tu lah utk gmbarkan keadaan sy..but still, i believe in hope.. i try to mend us, i try all i can..everything i did is to prove to you and make you aware that we are not just friends..i dont know why u are trying not to admit..many reasons came into my mind..the top reason i believe is because of Mr.F.. I hate that SOB so much that I could kill him just with my fingers..I do, i do want to kill him..but what can i do? 

One day, sy tersedar yg sy pun bertukar menjadi SELFISH..sy nak awak utk kepentingan sy,bukan kepentingan kt bersama.. awak cakap awak dah tawar hati dgan sy..cilakak,mmg cilakak! sekejap je leh tawar hati..hati oh hati,mengapa lahaii..tapi sy still paksakan utk kt selalu bersama..memaksa,itulah kesalahan sy..sy paksa awak utk rs ap yg awak dah tak nak dan tak mampu nak rasa.. So, i decide to step down, i decide to leave..all i want is you to be happy, your happiness is what i care about, if awak tak happy dgan sy,buat apa sy genggam erat tgan awak,sedangkan awak usaha sekuat tenaga utk lepaskan..jadi sy lepaskan,spy awak leh bahagia..awak leh bahagia dgan org yg awak pilih,tak kisah lah sapa..awak leh bahagia dgan hidup yg awak pilih,bkn hidup yg sy pilih.. Sy dh sedar yg sy yg ciptakan semua ni dan awak tak mampu nak capai semua tu dgan sy..sy faham dan sy terima segalany..kalo semua ni dah tertulis utk kt..utk sy.. saya masih cintakan dan sygkan awak..tapi semua perasaan tu sy akan buang jauh2,biarlah sy hidup dalam memori kite..dah sebulan lebih,tapi sy msh xdpat lupakan awak..sy msh goyang.. but i act like im tough enough to live this life without you..im sure i can but i guess not for now.. I still woke up in the morning,thinking about you..missing you..but i promise,i wont let any tears fall anymore because of you..you are not worth it.. and i promise, i wont appear in front of you, i will keep my distance away from you..i wont make you remember all the bad things between us and also, i dont want to fall in love with you again.. dgan hny sekali pandang,sy boleh jatuh cinta dgan awak dan maafkan ap yg awak dh buat kat sy..ye sy lemah sbb trlalu cintakan awak.. awak pergilah capai impian awak,capai ap yg awak nak..sy dh xde utk halang awak..bahagiakanlah hidup awak like u want it to be..

"I miss you, still i miss you.. it is just not the same without you.. 
I will learn to live without you just like you did..
I will find my strength my reason to live and you will not be in it
I need you, still i need you..but in the future I know,I wont "


p/s..maafkan kejiwangan yg melampaui batas,dah lama nak luah..akhirnya dpt jugak,Alhamdulillah =)..maafkan andainya entri ne seperti penulisan perempuan..we all have our sensitive side ye dak?