YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday, 15 April 2013

"Lelaki Biasa untuk Perempuan Luarbiasa"



#INB4 SOKONGLAH ZINE ANOTASIANOMALI YANG BAKAL DI-PUBLISH  SECARA DIY TAK LAMA LAGI, INSYA ALLAH.

Assalamualaikum.

Memang ambe dop penah dop ucap salam ke mung mung seme. Amacam jadi tak ketimuran aku? Pening tau tak nak fikir mukadimah entri. Ingat senang macam mukadimah nak ayat perempuan dengan menggunakan semudah perkataan “Hai?” Sebenarnya aku pun tak suka introduction aku, rasa melalut je. Nanti lah aku fikir style lain. Sabar, otak aku satu.

Aku rasa semua pernah mengusha orang, mengusha bf/gf orang, mengusha laki/bini orang, mengusha cleaner indon yang irasnya seperti Zaskia Adya Mecca. Kan? Tambahan kaum si Adam. Mengusha ni dah jadi tanggungjawab, tak usha tak boleh. Melainkan mereka beriman. Tak kurang juga kaum si Hawa. Ada yang mengusha sebab “Well you know. Kalau laki boleh buat perempuan boleh buat” punya mentaliti. Apa apa pun, perempuan yang mengusha lelaki kacak ni sebenarnya aku kategori dalam perempuan nakal dimana perempuan nakal selalu buat aku rasa geli di bahagian abdomen. 

Masa kat mall, masa tgah geli geli dengan bf/gf korang atau tgah watlek sapkok hembus kat orang sebelah perasan tak korang dengan pasangan pasangan tak kisah lah halal ke haram ke yang macam langit dengan bumi. Macam ayam dengan kambing. Macam merpati dengan anjing. Macam buku dengan ruas. Pernah kan? Apa perasaan korang? Walaupun bf/gf korang, korang rasa sangat lah kacak dan jelita tapi di mata orang lain? Macam mana? Mungkin orang awam juga melihat korang seperti Beauty and the Beast. Tak percaya, aku pernah kena. Tapi tu soal peribadi, biar aku settle sendiri *ala ala IjatSyafiq ( ROFL BRO)


Skop aku nak fokuskan hanya pada “Lelaki Biasa untuk Perempuan Luar Biasa” dan target reader aku pada akal lelaki. Soal perempuan biasa, aku rasa nanti ada penulis perempuan lain akan buat. Otak aku ada satu, ingat tu! Bila masa kita nampak pasangan ‘langit dan bumi’ atau ‘Momok dan Nora Danish’ mesti persoalan yang di bawah ni muncul dalam benak fikiran korang.

1.       “ Perempuan tu cantik gila, tapi kenapa laki dia macam tu? Sofi Jikan lagi mantap”
2.       “ Perempuan tu perghh woi, tgok dia, cantik. Full package woi!” *suami si perempuan lalu* “Lahanat ah, jantan ni pakai minyak senyonyong kot. Lahanat”
3.       “Tuhan memang adil”
4.       “Aku rasa aku hensem lagi dari laki tu, dia patut pilih aku”
5.       “ Ni lawak apa ni?”

Sebenarnya ada banyak lagi persoalan lebih ekstrem yang menjerumuskan kita ke jurang akal yang lebih gelap (maksud dia pemikiran kotor, ganas dan negatif seperti bunuh, tembak, langgar lari dsb). Ataupun banyak yang mempersoal fizikal dan kekurangan lelaki tu. Seperti gemuk, keding, pondan, tak hensem, Jawa, Sulu, tak ada kereta dan sebagainya.

Lelaki yang kita bamboo hanyalah lelaki biasa, tak berupa, mungkin ada lah yang berduit tapi tu tolak tepi. Ni aku nak fokus kat lelaki yang biasa biasa. Macam aku dengan kau. Macam hang dengan aku, macam mung dengan ambe. Macam tu. Kitalah lelaki yang biasa. Yang tak ada arah, pemalas bangun pagi, pau rokok kawan lagi. Ha kita lah. Lelaki Biasa. Macam mana lelaki biasa boleh dapat perempuan perempuan luar biasa ni?

Bagi aku perempuan “Luar Biasa” ni tak semestinya cantik gebu badan padat peluk rasa sendat. No! Sama sekali. Bagi aku perempuan luar biasa ni adalah :-


  • ·         Perempuan yang pandai berdikari dan membawa diri di public

  • ·         Perempuan yang ada daya saing sihat mcm dalam pelajaran, kerja dan cinta *ehem

  • ·         Perempuan yang tak 100% bergantung harap dekat lelaki, dan mampu usaha sesuatu sendiri. Macam nak shopping baju baru, tak ajak laki. Buat pilihan sendiri.

  • ·         Perempuan yang decisive dan tahu apa yang dia nak. Bila tanya nak makan apa, straight away cakap nak makan Soto, tak buang masa cakap “Anything” tapi bila laki buat keputusan, tak setuju.

  • ·         Perempuan yang sabar. Perempuan yang penyabar. Perempuan yang bersabar

  • ·         Perempuan yang tahu tukar tayar kereta sendiri, yang tahu bukak penutup botol, yang tahu kat mana Giant Sri Muda, yang tahu sapa Tengku Sharif. Senang kata, SERBA SERBI TAHU iaitu BERILMU

  • ·         Point yang diatas, PEREMPUAN BERILMU BERAMAL BERBAKTI BERANI

  • ·         Aku dah tak ada idea.

Apa yang di-statekan diatas adalah pendapat aku, dan preference aku. Laki laki lain mungkin ada pendapat dan nafsu diorang sendiri. Apa apa pun. Perempuan Luar Biasa mmg HUGE TURN ON. Tapi kan nyah, macam mana lelaki lelaki biasa ni boleh memikat hati diorang ni? Sedangkan yang kacak tak dapat, yang berduit tergagau, yang tua terus kecut kerepot dan terus bertaubat? Heran bukan?

Aku pun tak tahu apa jenis ilmu diorang pakai, tapi berdasarkan kajian dan pemerhatian secara rambang, Perempuan perempuan ni tertarik dekat PERIBADI/HATI yang MULIA disebalik ke-momokan lelaki tu. Takkan aku nak render jugak peribadi yang mulia ni macam mana. Kahkah. Okay lah, senang cerita lelaki lelaki ni jenis yang humble,  down to earth, berusaha untuk capai sesuatu, ada wawasan kalah wawasan Mahathir, ada ilmu agama, baca buku Hilal Asyraf, soft spoken, ada semangat tinggi nak belajar, toleransi dewa,  marah dan ego bertempat, sayang kucing, sayang mak, sayang abah, sayang abang adik kakak, sayang semuanya..... Konklusi dia, Lelaki ni bersikap POSITIF. Ya, POSITIF. Lumrah lah, sapa tak nak orang yang baik disisi mereka setelah dah lalui jahannam sebelumnya. Kan? Ada kemungkinan jugak sebab lelaki lelaki biasa ni SAFE. Safe lah sebab tak ada kemungkinan untuk curang, mata keranjang, main kayu tiga, jadi gay dan sebagainya. PLAYSAFE.



So, kita lelaki yang perasan hensem ni toksah lah perasan lagi, jadi diri sendiri. Tak payah beli alat tatarias yang mahal mahal utk kacakkan diri, tak usah beli pakaian branded sedangkan kau makan pun meggi je macam aku ni. Tak usah lagak dengan kereta mewah, telefon mewah, untuk pikat yang kita terpikat. Sedangkan semua mewah kau tu sama ada duit mak ayah, hutang ataupun korang curi. Itu aku tak pasti.   Tak perlu lah nak berdaya saing dengan lelaki lekai lain yang dah semulajadi mewah dan kacak. Yang semulajadi bersifat seksi dengan perempuan. Lagi sekali aku tekankan, JADI DIRI SENDIRI.

Kalau kau nak g gym, dengan niat cantikkan badan kau untuk kepuasan/kesihatan diri, tu aku sokong. Sebab dengan bersenam atau apa apa lah aktiviti sukan, kau boleh tingkatkan keyakinan diri dan hormone testosterone korang. Sebab tu laki yang kerap main futsal dapat awek senang (lahanat, aku tak main futsal). Selain itu, jadilah lelaki yang positif, berakal dan berilmu. Semua tu kau boleh belajar secara formal atau informal. Ha, ayat aku macam karangan dah. Kau boleh belajar dari buku buku ilmiah terutama dari Hilal Asyraf, kau boleh belajar dari Brother Love a.k.a Razzi Rahman, kau boleh belajar dengan housemate kau yang asyik tweet pasal cinta. Apa sahaja. Asalkan ia jerumuskan kau ke arah yang positif. Paling aku nak tekan kan, ringan diri amik tahu pasal agama. Pasal tanggungjawab lelaki. Kau nak bainati jannati kan? Kau nak jadi Khalifah kan? Kau nak Till Jannah dengan bini kau kan? Jadi, belajar  lah. Walaupun sikit, walaupun sekelumit, walaupun dengan tgok ‘Kalau Dah Jodoh’. Itu bagus. Aku pun tgok jugak. Kahkah.

Nak jadi positif ni aku tau bukan senang, aku pun banyak negative. Tgoklah penulisan aku. Korang faham sendiri. Aku buat entri ni pun sebab aku sedar yang JADI FAKE atau BUKAN DIRI SENDIRI, takkan buatkan kau nampak berharga depan perempuan. Kalau kau, smoke. Smoke je lah. Kalau kau suka korek hidung, korek je lah. Nak berlakon kenapa? Relationship is being natural together. Itu point aku. Dalam masa sama, kita yang puaka puaka ni usahalah something untuk tingkatkan ilmu belajar, ilmu common sense, ilmu pasal biologi perempuan, ilmu Gwiyomi. Apa sahaja, biasakan diri dengan ilmu. Baca buku. Baca paper. Baca zine dari ANOMALI ZINE iaitu ANOTASIANOMALI yang aku rasa penuh dengan puisi cinta jiwang karat nanti. Ilmu tu penting. Tak guna kau hensem tapi tak tau Gandhi tu sapa. Tak guna kau kaya, kalau pointer kau cukup makan ja. Tak guna awek kau lawa, tapi otak kau kosong last last kene control jadi hamba sahaya. No, kita lelaki. Kita pemimpin. Kita PKR.

Famous Last Word. Be Positive, Be Confident, Be Educated, Be Yourself dan Berbaik Sangkalah walaupun dalam keburukan dan kejahilan kau. Aku faham kita tak sempurna, at least kita cuba. Usaha kita tu huge turn on untuk perempuan. Tak percaya? Cuba lah, cuba tulis puisi. Bacakan depan dia. Aku bet tak cebikan, ciuman kat hati kau dapat. Nak kat pipi ke dahi ke kenapa? Gatal sangat dah ke woi?  Hiks, harap korang faham apa aku sampaikan ni. Aku type ni pun time tgah stone ubat selsema. Till then, Tuduleux!

Lots of Love,
:3
#AKU.MASIH.MEMERLUKAN.PENULISPENULIS.AMATUR.UNTUK.ANOMALIZINE
*credit to search engine yang terkenal*

1 comment:

  1. Tertarik dengan entri ni. Setuju sangat2. Rasa nya macam ada kena mengena dengan saya walaupun saya tak de lah luar biasa sangat. Haha

    ReplyDelete